Anjing Makan Kemaluan Lelaki

LOUISIANA - Mangsa, Cody Melancon menfailkan saman terhadap polis Gretna, di Louisiana, Amerika Syarikat kerana melepaskan seekor anjing kepadanya tanpa sebarang alasan sehingga menyebabkan kemaluannya mengalami kecederaan.



Menurut jurucakap Melancon, Roger Kitchens, serangan anjing K-9 bernama Zin itu mengakibatkan 66 peratus kemaluan beliau tercedera. Melancon juga mengakui bahawa kemaluanya telah kehilangan keupayaan untuk menegang. Atas sebab itu, beliau ingin menuntut ganti rugi sebanyak 31 juta dolar atas kelalaian pihak polis. 

“Saya sangat terkejut. Saya tidak boleh melakukan apapun kerana kemaluan saya amat sakit,” kata Melancon, seperti yang dipetik dari berita WDSU, Khamis bersamaan 11 ogos 2011.

Sebelumnya, dua anggota polis Gretna, Roland Kindell dan Joseph Mekdessie, telah diarahkan untuk menangkap Melancon di apartmentnya atas tuduhan mencuri dan memukul.

Pada ketika itu, Melancon sedang bersama-sama dengan tunangnya, Ashley Braxton dan juga dua orang anak mereka di apartment. Menurut laporan polis, Braxton telah berbohong kepada polis dan mengatakan Melancon tidak ada di apartmentnya. 

Bagaimanapun, salah seorang anggota polis yang telah diarahkan untuk menangkap Melancon, Joseph Mekdessie, mengesyaki adanya penghuni di apartmen tersebut yang cuba bersembunyi di bahagian belakang. Sejurus itu, beliau telah melepaskan anjing K-9, Zin ke dalam apartmen. Anjing itu telah menyerang Melancom di bahagian kemaluannya dan menyebabkan beliau mengalami kecederaan. 

Melancon terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Doktor memberitahu bahawa kemaluan beliau perlu dibedah secepat mungkin untuk membolehkan bahagian koyakan dapat disatukan.  

Selepas rawatan tersebut, beliau telah dibawa ke balai polis di LP Jefferson Parish untuk menjawab beberapa tuduhan termasuk melawan anggota polis. Jurucakap Melancom menafikan tuduhan polis tersebut dengan alasan apartmen Melancom tidak mempunyai pintu atau jendela di bahagian belakang. 

Melancon sendiri mengatakan, anggota polis tersebut tidak menghalang anjing mereka daripada menggigitnya tetapi menyantak anjing tersebut sehingga menyebabkan kemaluannya mengalami luka memanjang. 

"Sekarang, kemaluan saya tidak boleh menegang sama sekali walaupun usia saya baru sahaja menjangkau 25 tahun," kata Melancom

Catat Ulasan