COMEL!! Anjing Mirip Panda Di China

yqr8CjiohK Anjing Mirip Panda Di China
BEIJING – Jika anda fikir bahawa haiwan comel ini adalah seekor baby panda, anda memang silap. Ini kerana ia adalah merupakan seekor anjing jenis poodle yang telah dihias oleh tuannya untuk menyerupai seekor panda.
Anjing tersebut merupakan salah satu daripada peserta pertandingan anjing mewah di Beijing, China.
Trend terbaru di China ini telah menjadi ikutan penduduknya apabila ramai yang telah mengubah anjing-anjing mereka dengan pelbagai bentuk seperti haiwan lain.
Selain kelihatan seperti seekor panda, ada juga anjing yang diubah menjadi bentuk seperti seekor harimau dan juga rakun.
Trend terbaru ini juga telah menyebabkan tumbuhnya banyak kedai ekstrim doggy makeover di China dan salon kecantikan anjing serta penjual anjing juga telah mendapat untung yang lumayan hasil daripada trend ini. 

Catat Ulasan