Seorang lelaki berusia 62 tahun, telah dipenjara selepas dia didakwa mengadakan hubungan seks dengan kuda jirannya – John Robert Mester telah melakukan jenayah yang sama sepuluh tahun yang lalu.
Menurut pihak polis, Mester melintasi pagar ke padang rumput kuda jiran itu Jun lepas, berdiri di atas baldi yang terbalik dan mengadakan hubungan seks dengan kuda untuk memuaskan nafsunya.
John Robert Mester didakwa atas aksi sodomi dan aksi tidak senonoh. Pihak polis mulai fokus pada Mester sejak Jun setelah wanita pengurus kandang kuda Cindy Heistand di Riley Township melaporkan perkara ini.
Heistand mengaku curiga saat ada pelanggan memberi makan kudanya. Khuatirkan keselamatan kudanya, Heistand pun membeli kamera CCTV dan menempatkannya di kandang kuda. Heistand mengaku terkejut mendapati rakaman datuk itu.
“Ketika melihat video ini kami sangat hairan. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya ada orang mahu melakukan hal ini,” ujar Heistand.
Mester terus menyangkal melakukan perbuatan itu meski bukti menyatakan sebaliknya.
“Aksi sodomi akan dikenakan 15 tahun penjara jika sabit kesalahan, penalti dua tahun atau denda AS $ 2,000 akan ditambah.”
Catat Ulasan