GEMPAR - Artis wanita bawa perut besar ke Bali

Gambar Sekadar Hiasan


TAK dinafikan, SS memang sering dihubungi artis wanita terkenal ini menerusi telefon sebelum ini. Bukan saja dia meminta SS datang ke lokasi penggambaran drama lakonannya, malah, berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapinya ketika ini.
Tidak cukup dengan itu, dia mengeluh kerana tawaran berlakon juga semakin kurang diterimanya sejak kebelakangan ini.
Sebagai wartawan, SS hanya mampu mendengar luahan hatinya dan turut menjadi pendengar setia setiap kali dirinya dirundung masalah.

Maklumlah, SS bukannya kaya raya dan duit gaji yang dapat setiap bulan pun hanya cukup menampung kehidupan SS sekeluarga. Apapun, SS percaya, bekas suami artis wanita itu juga memberi nafkah padanya bagi menampung persekolahan anak-anak dan makan minumnya juga.

Tapi memang tidak cukup untuk menampung cara hidupnya yang mewah itu.

Namun, sudah lama juga artis wanita ini tidak menghubungi SS dan bercerita masalah hidupnya. SS tertanya-tanya juga ke mana pelakon ini menghilangkan diri?

Nak dijadikan cerita, seorang rakan memberitahu SS dia terserempak dengan artis wanita ini ketika berkunjung ke Pulau Bali, Indonesia. Rakan SS terkejut melihat perut artis wanita itu yang semakin membesar.


Rupa-rupanya artis wanita itu mengandung tapi tak pasti pula berapa bulan.

Setahu rakan SS, pelakon ini sudah bercerai dengan suaminya dan tidak pernah pula dengar dia berkahwin lain. Timbul persoalan di hati rakan SS, anak siapa pula yang dikandungnya?

Catat Ulasan