Inilah Bapa Paling Pelik Didunia

bapamemalukan Bapa yang paling pelik di dunia
Price Dale akan memakai kostum pelik yang berbeza setiap hari semasa melambaikan tangan kepada anaknya Rain semasa anaknya menaiki bas ke sekolah untuk memalukannya.
Price telah menggunakan hampir 170 pakaian yang berbeza setiap hari sehinggakan untuk pergi ke toilet di luar rumahnya pun dia akan memakai seluar pendek yang bulat di pergelngan kakinya sambil membaca surat khabar.
Price pernah memakai pelbagai jenis kostum termasuk pakaian duyung, Wonder Woman, Batgirl dan kostum pengantin serta pelbagai lagi. Kali terakhir Price dan isterinya, Rochelle melambaikan tangan kepada anak 16 tahun itu dengan berpakaian biasa adalah pada bulan Ogos tahun lepas, kemudian bermulalah kisah memalukan itu setiap kali bas skolah muncul dan berhenti di hadapan rumah mereka untuk menjemput Rain di American Fork, Utah.
Menurut anaknya Rain ‘Ketika ayah melakukan kali pertama dahulu, ia merasakan sangat pelik.”… “Anda mesti tidak mahu melihat ayah anda berkostum seperti seorang pengantin dan melambaikan tangan kepada anda semasa anda menaiki bas.”
“Saya berharap dapat menghabiskan sisa hidup saya bersama Rain selam-lamanya.” 

Catat Ulasan