Lagi kanak-kanak dilenyek 2 kali oleh lori sehingga mati di China


Seorang pemandu lori melanggar seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun dan kemudian melenyeknya sekali lagi untuk memastikan kanak-kanak tersebut benar-benar mati dalam usahanya untuk mengelakkan dari terpaksa membayar bil-bil hospital kerana kecederaan parah yang dialami kanak-kanak tersebut.

Insiden mengerikan itu berlaku di daerah Luzhou,barat China apabila pemandu yang dikenali sebagai Ao Yong melanggar Maoke Xiong ketika kanak-kanak tersebut berjalan kaki untuk ke sekolah dari rumahnya.

Zhang Shifen yang merupakan saksi kejadian berkata," Saya melihat lori tersebut bergerak ke belakang sedikit dan kemudian bergerak ke hadapan sekali lagi. Xiong dilenyek di roda lori tersebut dan kemudian lori itu bergerak 10 meter ke hadapan".



Penduduk yang lalu lalang berkata pemandu lori tersebut melompat dari lori selepas melanggar kanak-kanak tersebut. Mereka kemudian mendakwa Yong bertanya, : Berapa banyak yang perlu saya bayar?"

Jurucakap polis berkata Yong, seorang pemandu lori dari Luxian yang berusia 35 tahun berbincang dengan keluarga kanak-kanak tersebut selama tujuh jam mengenai bayaran ganti rugi atas kematian tersebut.

Selepas insiden terbaru, Yong menafikan melanggar kanak-kanak terbabit sebanyak 2 kali untuk benar-benar memastikan mangsa mati. Malam tadi, pihak polis dan kakitangan kerajaan mendesak Xiong bertanggungjawab keatas kematian tersebut.


Siasatan mereka memutuskan bahawa Yong adalah orang yang pertama untuk menelefon polis selepastrak tersebut melanggar kanak-kanak tersebut di kampung Yunfeng di Luzhou, wilayah Sichuan.


Mereka berkata tubuhnya tidak dikeluarkan dengan segera kerana penduduk kampung marah danmenuntut pampasan yang segera dari pemandu.

Dalam adegan yg menyedihkan, ibu kanak-kanak itu terduduk kerana terkejut dan segera menutup jasadanaknya yang berusia lima tahun.

Catat Ulasan