Lelaki dipenjara kerana berhubungan seks dengan meja




OHIO – Seorang lelaki berasal dari Amerika mungkin hilang akal untuk menyalurkan hasrat biologinya. Tidak ada wanita yang boleh diajak untuk melakukan hubungan intim, meja berkelah pun disapunya. Berat!…
Sebenarnya, adegan itu dirakam melalui video kamera oleh salah seorang jirannya yang menyaksikan kelakuannya Art Price Jr, nama lelaki tersebut.
Menurut polis, dalam rakaman video itu terlihat Art Price Jr menindih-nindih meja, sama seperti orang yang sedang berhubungan seks.
Saksi sekaligus perakam yang disembunyikan identitinya mengatakan sebelum menggomol mejanya, Price membelai ‘lawan’ nya itu yang merupakan meja berkelah yang berada di halaman rumahnya di sebuah kota di Ohio.
“Dia benar-benar berbogel. Lelaki itu menggunakan lubang di meja itu yang sebenarnya berfungsi untuk menahan payung,” ujar polis setempat Kapten Matt Johnson seperti diberitakan oleh Telegraph.co.uk.
Menurut polis akibat perlakuan dan perbuatan yang peli itu, Price berkemungkinan dipenjarakan.

Catat Ulasan