Nyaris Diperkosa Suami Rakan Baik

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan sahaja diraba dan cuba dirogol suami kepada teman baiknya, malah diugut untuk dibelasah selain digelar perempuan gatal selepas perkara berkenaan diadu kepada isteri lelaki berkenaan, malam kelmarin.


Wanita berusia 26 tahun itu sudah mengenali teman baik dan suaminya sejak lima tahun lalu tetapi sejak minggu lalu, suami rakannya yang bekerja sebagai pemandu lori mempelawanya untuk keluar makan.

Wanita yang dikenali sebagai Nor itu berkata, pada mulanya dia enggan mengikut lelaki itu tetapi kelmarin dia menerima pelawaan itu, kerana isteri lelaki itu adalah teman baiknya dan percaya lelaki itu tidak berniat jahat.


“Malangnya, dalam perjalanan ke sebuah restoran dia meluahkan rasa cintanya terhadap saya tetapi saya menolak secara sopan.

‘Tetapi, tanpa sedar dia memandu lorinya ke arah sebuah kawasan kilang di Glenmarie sebelum meraba dan cuba merogol saya,” katanya.


Selain itu, katanya, teman baiknya itu juga mengugut akan mengupah orang untuk memukulnya kerana cuba menggoda suaminya dan untuk keselamatan diri, dia membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong.

Catat Ulasan