Pejabat Baru Apple Seperti Sebuah Kapal Angkasa

istimewa454290@ Pejabat Baru Apple Seperti Sebuah Kapal Angkasa
Apple Inc akan membina bangunan bulat berbentuk seperti kapal angkasa di ibu pejabat syarikat itu di Cupertino yang akan mengambil 12,000 pegawai dan menjadi bangunan pejabat terbaik di dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Steve Jobs.
Steve Jobs walaupun sedang masih lagi bercuti kerana masalah kesihatannya sekali lagi tampil kepada awam untuk mengumumkan projek terbaru syarikat tersebut di dewan bandaraya Cupertino, California.
“Bentuknya lebihi mirip seperti pesawat angkasa yang mendarat,” kata Jobs sambil mempamerkan bangunan melingkar empat tingkat dengan tembok bahagian dalam yang besar pada sebidang tanah seluas 150 hektar. “Tidak ada satu pun kaca lurus dalam bangunan,” menurutnya lagi. “Kami tahu bagaimana hendak membuat potongan kaca terbesar di dunia untuk digunakan dalam seni bina.”
Jobs mengatakan Apple sudah tumbuh seperti “rumput liar”, dan memerlukan satu tempat untuk menempatkan kira-kira 12,000 orang. Beliau juga menepis dua soalan dari ahli dewan bandar dengan menepis permintaan memberikan akses wi-Fi percuma dan menegaskan bahawa peningkatkan jumlah pekerja di lokasi itu tidak perlu untuk mengurangkan kesibukan lalu lintas akses internet.
Pejabat baru tersebut akan mempunyai panorama seperti pohon-pohon, tanaman dan kebun buah aprikot, sebuah kawasan yang menjadi kenangan permulaan awal sejarah Apple di Silicon Valley di mana Apple membeli sebahagian besar tanah di situ dari Hewlett Packard Co, di mana beliau telah mendapat pekerjaan musim panas pertamanya selepas menelefon idolanya yang juga pengasas HP, Bill Hewlett, untuk meminta pandangan mereka. – Reuters, 

Catat Ulasan