Pelik, Bagaimana ikan paus boleh berada ditengah padang ini?

Seekor baka ikan paus yang jarang ditemui, mati 800 meter daripada pantai di Muara Humber telah membingungkan pakar-pakar marin.Mamalia sebesar 33 kaki dari jenis paus Sei, ditemui di paya masin di tebing utara Sungai Humber.

Mungkin paus itu terdampar di perairan cetek dan meninggal dunia sebelum air surut dan menyebabkannya terdampar berdekatan dengan kampung Skeffling.


The Yorkshire Wildlife Trust telah menghabiskan masa sepanjang musim panas bagi memantau kawasan itu disebabkan oleh peningkatan anak ikan paus dan aktiviti mereka di kawasan itu.Mereka percaya peningkatan dalam bilangan yang banyak boleh dijelaskan oleh perubahan dalam arus laut sejuk yang membawa aliran air Artik ke Laut Utara dan ikan paus biasanya tidak boleh berada begitu dekat dengan pantai UK.

Pakar yang telah mengkaji haiwan itu berkata mereka adalah 95 peratus pasti ia adalah paus Sei betina dan mengatakan makhluk laut yang sangat besar itu datang semata-mata mencari makanan apabila air pasang berubah.

Kirsten Smith, pengurus Hidupan Laut di Yorkshire Wildlife Trust, berkata: "Kawasan di mana paus itu ditemui adalah di kawasan paya masin, yang masih berkaitan dengan laut.

'Dengan situasi air pasang besar, paus mungkin dapat berenang ke paya masin itu dan kemudian tersekat apabila air mula surut.


'Ia mungkin juga sakit atau kekeliruan yang berlaku pada haiwan itu sendiri. Tetapi untuk kejadian yang sama berlaku lagi di kawasan itu dan dengan laporan mengatakan paus lain juga berada berdekatan kawasan itu sekarang, ianya mungkin dan bukan sekadar kebetulan.'

The Yorkshire Wildlife Trust telah melancarkan kempen yang dipanggil "Petisyen ikan" bagi menggalakkan kerajaan untuk memantau dengan lebih dekat perubahan yang berlaku dalam kehidupan marin.

Catat Ulasan