Pernah lihat lebuh raya dalam bangunan? jom saksikan !


Kompleks setinggi 16 tingkat di Osaka, Jepun ini ternyata unik kerana adanya jalan tol yang menembusi kompleks tersebut, tepat di tingkat 5 hingga 7. Jalan tol yang menembusinya merupakan sebahagian lebuh raya sepanjang 293.3 km. Uniknya lagi, penyelenggara lebuh raya tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat 5 hingga 7 di kompleks ini.

Pada tahun 1983, pembangunan kompleks baru di kawasan terletaknya bangunan unik itu dihentikan oleh kerajaan kerana rancangan pembinaan lebuh raya sudah diperingkat akhir. Namun, pemilik bangunan itu menolak untuk menyerahkan bangunan tersebut, dia tidak mahu memindahkan bangunannya. Setelah berbincang dengan penyelenggara lebuh raya selama 5 tahun, muncullah jalan penyelesaian ini.


Pemilik bangunan itu telah menggunakan tiang penyangga dua kali ganda dari biasa untuk melindungi bangunan itu dari sebarang gegaran dan juga struktur berpusing di sekeliling bahagian yang digunakan untuk ditembusi lebuh raya tersebut.

Catat Ulasan