Petani Terkenal Kerana Kentang Unik


Petani Terkenal Kerana Kentang Unik
Seorang petani dari perkampungan Longshan di Yanji, timur laut China menjumpai ubi kentang unik yang menyerupai seekor kura-kura. Ma Xiuling, 64, menemui ubi kentang tersebut semasa menggali sayur-sayuran di kebunnya.

Ubi kentang luar biasa itu dianggarkan bersaiz sama seperti anjing berusia dua minggu, mempunyai empat 'kaki' sama besar, 'badan' dan 'kepala'.

Lebih pelik lagi ia turut mempunyai dua lekuk kecil di 'kepala' seolah-olah menyerupai sepasang 'mata' menjadikannya seperti hidup.

Xiuling berkata ubi kentang itu pada asalnya juga mempunyai 'ekor', tetapi ia terputus ketika digali keluar dari tanah.

Ubi kentang tersebut telah menarik perhatian ramai penduduk tempatan. Jiran-jirannya datang semata-mata mahu melihat keunikan ubi kentang itu.

"Mereka amat terkejut apabila melihat ubi kentang berbentuk pelik," kata Xiuling.

Catat Ulasan