Pilu, kanak-kanak saksikan sendiri ibu bapanya dibunuh





Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun menyaksikan kematian orang tuanya dari bawah katil bilik tidurnya. Demikian diberitakan China Daily.
Dalam berita tersebut, Wang Zhen, 34 tahun dari daerah Shaanxi, China, dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Zhen datang ke rumah itu sekitar pukul 2.20 petang pada 24 September dan membunuh Zhou Xiangyang, 29 tahun dan Sun Yaxue, 27 tahun yang merupakan kedua ibu-bapa kanak-kanak tersebut serta seorang pengusaha buah yang dikenali sebagai Zhang Guiqing, 46 tahun yang kebetulan berada di rumah itu.
Kanak-kanak itu tidak tahu apa yang telah berlaku kerana sedang tidur namun sempat bersembunyi di bawah katil bilik tidurnya dan si pembunuh tidak tahu yang dia bersembunyi.
Wang kemudian ditangkap pihak polis di rumahnya dan berjaya menemukan barang bukti berupa pisau dan baju yang penuh percikan darah. Wang mengaku melakukan pembunuhan itu.

Catat Ulasan