Remaja dipenjara 200 tahun kerana terlibat dengan pembunuhan ngeri

NEWARK - Seorang suspek bunuh di Amerika Serikat (AS) harus menerima nasibnya menghabiskan seluruh hidupnya di penjara. Dirinya dijatuhkan hukuman penjara selama 200 tahun.



Alexander Alfaro baru berusia 16 tahun ketika dirinya terlibat dalam kejadian pembunuhan pada tahun 2007 yang lepas. Perbuatannya bersama lima orang rakan mengegarkan penduduk Kota Newark, New Jersey yang mengutuk perbuatan yang dilakukannya dengan mengadakan tunjuk perasaan menuntut diadakan undang-undang anti kejahatan.


Alfaro dan rakan-rakannya masing-masing dijatuhkan hukuman 60 tahun penjara dalam kejadian pembunuhanyang mengorbankan dua orang mangsa. Dirinya dijatuhi hukuman penjara 75 tahun diatas kes pembunuhan terhadap seorang mangsa yang lain. Selain itu, dirinya juga dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun bersangkut rompakan bersenjata. Demikian diberitakan Associated Press.

MANGSA PEMBUNUHAN NGERI
Peristiwa pembunuhan terjadi ketika tiga mangsa iaitu Terrence Aeriel, Dashon Harvey dan Iofemi Hightower hendak pergi ke kuliah di Delaware State University. Ketiga-tiga mangsa dirompakk sebelum akhirnya dibawa ke bawah sebuah tangga dan dipaksa untuk berlutut.

Saat berlutut itu, ketiga korban ditembak dari belakang hingga mati. Namun ada korban keempat yang berjaya menyelamatkan diri dari tembakan maut itu tetapi menderita luka akibat dilibas dengan parang berkali-kali!.

Keluarga mangsa amat sedih sepanjang berlangsungnya persidangan keatas suspek. Seorang ibu kepada mangs ayang terkorban, menangis sehingga mengalami histeria saat mendengar keterangan kes di mana Alvaro mengakui selain menembak, dia juga memotong kepala Iofemi Hightower dengan parang.

Dua orang suspek yang lain sudah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup termasuk saudara tiri Alfaro, Rodolfo Godinez. Sementara tiga suspek yang masih menunggu keputusan jatuh hukum.

Catat Ulasan