Wanita Potong Zakar Perogol Dan Serah Kepada Polis

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berumur 40 tahun memotong zakar seseorang lelaki semasa ia cuba untuk merogolnya dan membawanya ke sebuah balai polis sebagai bahan bukti, menurut kenyataan seorang polis di bahagian pedalaman Bangladesh pada Isnin (20/5/2010). 

Wanita itu yang juga seorang ibu kepada tiga orang anak, telah dicabul ketika ia sedang tidur di dalam pondoknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer (120 batu) di selatan Dhaka, pada malam Sabtu.

"Ketika dia cuba merogolnya, wanita itu memotong zakarnya dengan sebilah pisau. Dia kemudian membungkus zakar itu dengan plastik dan dibawa ke balai polis Jhalakathi sebagai bahan bukti jenayah," ketua polis Abul Khaer memberitahu AFP. 

Wanita itu telah memfailkan satu kes menuduh lelaki itu -- yang juga berusia 40 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak -- dalam cubaan merogol, dan dikatakan telah menganggu dirinya sejak enam bulan. 

Zakar yang terpotong itu telah disimpan di balai polis dan suspek kes rogol itu sedang dirawat di hospital. 

"Kami akan menangkapnya sebaik sahaja keadaannya bertambah baik," Khaer menambah.

Catat Ulasan