Warga emas dirompak dengan kejam ditumbuk, ditendang dan diseret



Ini adalah kecederaan paling ngeri buat pekerja tanah perkuburan yang berusia 73 tahun selepas dirompak secara kejam.

Kejadian yang menimpa Eric Hicks menyebabkan tulang pipi beliau patah apabila dia ditumbuk, ditendang dan diseret kehulu-hilir semasa serangan di Atherton, Greater Manchester. Keluarga Encik Hicks telah membenarkan detektif untuk menyiarkan gambar kecederaan beliau dengan harapan ia akan membantu mencari penyerang beliau.

Ketika kejadian rompakan itu berlaku, beliau sedang mahu mengunci pintu Atherton Cemetery di Leigh Road, sekitar 8:15 malam tadi ketika diserang. Suspek berjalan ke arahnya dan menumbuk beliau di muka. Selepas itu, Mr Hicks jatuh ke tanah dan penyerang itu menendang beliau dan diheret ke sana sini. Suspek juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menjerit. Mr Hicks tidak menjerit kerana suspek mempunyai pisau.


Apabila suspek mengancam untuk menikam beliau maka Mr Hicks menyeluk poket beliau dan menyerahkan telefon bimbit Nokia hitam, sejumlah kecil wang tunai dan kunci kereta Honda lalu diberikan pada suspek tersebut.


Mr Hicks dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan tulang pipi patah, luka yang serius di bibir, bengkak muka dan kepala dan lebam dan grazes pada muka dan kepalanya. Beliau telah menjalani pembedahan kecemasan dan kini dia masih di bawah pemerhatian dan akan kekal di hospital sehingga keadaannya stabil.

Perompak telah digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit putih, berumur dalam lingkungan usia 20-an, 6 kaki tinggi dan memakai baju sejuk warna kelabu. Ketua detektif dari Balai Polis Greater Manchester, Inspektor Howard Millington, , berkata: 'Ini adalah serangan ganas dan tahap keganasan yang tidak perlu untuk digunakan demi mengambil beberapa perkara yang mempunyai nilai yang sedikit keseluruhannya.


'Mangsa adalah salah satu daripada ahli-ahli masyarakat yang melakukan pekerjaan yang berjasa dengan menjaga tempat kita mengebumikan orang tersayang kita. Tidak syak lagi masyarakat akan sama-sama terkejut dengan kejadian ini dan saya meminta bantuan mereka untuk memastikan orang yang bertanggungjawab ditangkap dan dihadapkan ke muka keadilan. Kami bertekad untuk melakukan perkara ini.

Catat Ulasan