Anzalna Bukan Penggoda


ANZALNA

























AMBOI… Jelita dan manis sungguh pelakon baru Nur Anzalna Md Nasir (23) ni! Raut wajahnya berseri-seri ibarat bulan mengambang gitu… Walaupun cun melecun dan digilai ramai, Anzalna tak pernah guna kelebihan yang ada untuk goda lelaki kaya. Anzalna lebih suka berdikari untuk berjaya dan kumpul harta.
Jom baca apa komen Anzalna yang juga lepasan Diploma Bahasa Perancis di Launceston College, Tasmania, Australia.
Cerita Anzalna:
“Tak dinafikan sebelum ni saya pernah bawa watak penggoda, tapi di alam realiti saya bukan macam tu tau! Hehe…
“Memang ada gadis yang guna kecantikan untuk goda lelaki kaya. Bagi saya itu terpulanglah kepada mereka. Itu hak masing-masing. Cuma jangan goda suami orang yang kaya dah laa… tak elok kacau rumahtangga orang kan!
“Kalau ada gadis yang goda suami orang kerana ingin menikmati kemewahan, lebih baik hentikan saja. Bercinta kerana harta semata-mata takkan kekal lama. Namun, kalau dah jodoh… siapalah kita untuk menafikan takdirNya.
“Saya sendiri takut kalau bercinta atau kahwin dengan lelaki kaya. Saya pernah dengar pengalaman daripada kawan-kawan. Mereka cakap lelaki kaya suka buat apa sahaja tanpa fikirkan perasaan perempuan.
“Ye laa… Mereka rasa boleh berkahwin lebih daripada seorang kerana banyak duit. Saya sendiri tak nak hidup bermadu. Mintak dijauhkan sangat-sangat! Sharing is not caring tau!
“Tentang kerjaya, selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3), bakat saya semakin diterima. Banyak lagi yang perlu saya belajar. Terima kasih kepada semua yang mempercayai bakat saya.
“Tentang cinta, saya dah putus cinta sebelum hari raya pada Ogos lalu. Kami putus sebab tidak serasi. Dia juga tak suka saya berlakon dan cemburu bila rapat dengan kawan-kawan lelaki.
“Sekarang saya dah ada kekasih baru dan bukan artis. Dia seorang yang suka memikirkan masa depan, berdikari, sedap mata memandang dan melayan saya dengan baik. Saya bahagia bila ada cinta baru ni, rasa lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan. Hehe…”
Demikian cerita Anzalna yang selalu buat modeling untuk Butik Aqiza di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. KL. Anzalna juga akan muncul dalam Sepah The Movie tak lama lagi. Sebelum ini Anzalna dah berlakon banyak iklan seperti Celcom, Franch Oil dan ECPI. Insya Allah… Pakej yang ada boleh buat Anzalna pergi jauh. Apa yang penting jaga disiplin ya!

Catat Ulasan