Berlagaknya pelakon jelita tu!




TK FAHAMLAH ARTIS MALAYSIA NI... RAMAI YANG BERANGAN.Beberapa malam lalu Mangga Muda keluar makan-makan di Restoran Sirosha kat Taman Medan. Mangga Muda selalu pergi ke sana sebab ramai kawan yang melepak kat situ.

Kebetulan pulak tukang masak dari Selatan Thailand tu kawan-kawan Mangga Muda jugak. Apatah lagi masakannya sedap. Pelanggan juga tak putus sampai tak sempat tukang masaknya Mek Ta dan Kak Yah nak curi masa duduk.

Sorang lagi yang popular kat situ ialah Mac Arm yang peramah. Pelanggan tetap memang ramai sebab terpikat dengan keletah Mac Arm. Ada yang suka usik Mac Arm... bila di tanya pasal sambal belacan, dia orang mintak sambal lain yang tak dijual di situ. Sambal apa tu? Adalah....

Bukan pasal Mac Arm yang nak Mangga Muda cakap ni, tapi pasal seorang artis. Salah seorang pelanggan tetap di situ asyik bersembang. Bila sembang-sembang tu dia mengimbau kenengan pahit semasa bekerja di sebuah pusat membeli belah.

Dia kerja bahagia perkhidmatan pelanggan. Antara tugas di situ ialah membalut barangan yang diminta oleh pelanggan. Cekap mereka membalut kalau nak dijadikan hadiah. Pada suatu hari datangkan seorang pelakon berwajah Pan Asian yang cantik.

Pelakon ityu sangat popular pada era 90-an dulu. Sekarang namanya masih dikenali. Dia juga ada berlakon lagi. Belum bersara.

"Aku tak tahan betul dengan kesombongan pelakon tu. Dia datang kepada aku dan minta didahulukan melayan dia sebab dia ada hal katanya. Aku cakap kena tunggu giliran lah sebab kebetulan pada masa itu ada lagi pelanggan yang menunggu dilayan.

"Dia tanya you tak kenal i ke? I ni XXXX. Aku cakap memang aku tak boleh nak layan dia dulu sebab ada pelanggan lain. Kalau dia nak, dia boleh tunggu. Tapi dia tak boleh bertolak ansur dan berlalu tanpa membungkus barangan yang dibelinya sebab tak sanggup menunggu.

"Kalau berlalu begitu saja tak apa lah jugak, tapi dia pergi dengan penuh kesombongan," kata kawan Mangga Muda tu.


kredit to mangga online

Catat Ulasan