[Gempar] Video Dikir Yang Mempersendakan Ayat Quran


Admin DK berpendapat, mungkin entry ini akan menimbulkan konflik dalam diri pembaca. Ianya melibatkan satu seni agung dari Negeri Kelantan iaitu DIKIR. Mngkin kalian dan DK sendiri biasa mendengar dan melihat arus aliran seni ini. Yang mana kita semua sedari dan sedia maklum dikir hanyalah suat seni yang menjadi satu 'permainan' hiburan sejak temurun lagi...

Untuk itu, secara eksklusifnya Admin DK berkesempatan untuk melakukan research berkenaan seni Dikir ini. Melalui kajian sejarah seni ini bermula dari tahun 1930/1940 dan terdapat banyak versi tentang bagaimana wujudnya seni ini dikelantan. Pak leh Tapang adalah orang yang dikatakan sebagai pelopor cabang seni ini. Bertitik tolak dari idea dan kreativiti beliau dalam mengubah pantun sebagai lirik lagu serta susunan alunan lagu, maka terciptalah irama yang dikenali sebagai Dikir Barat (Azmi Mohd Nasir.1989).

Dikir Barat adalah merupakan salah satu daripada lapan belas daripada seni pertunjukan, permainan rakyat kelantan yang beraneka rupa, merangkumi unsur sukan dan hiburan telah yang pertunjukan. Sehingga sekarang seni ini terus berkembang ke serata negeri dan dikenali dan diminati oleh semua bangsa serta kaum di malaysia. Bukan itu sahaja, seni itu juga sendiri turut berkembang dengan pembaharuan dari segi lirik-lirik lagu mempunyai pelbagai jenis dan konsep serta alunan irama musik yang terapkan bersama arus kemodenan seni musik, demikian juga gerak tari dan showmanship yang dipersembahkan.


Hraian di atas jelas membuktikan bahawa tiada sebarang unsur pemesongan akidh atau penggunaan bait-bait, kata-kata dari rangkap kitab suci Quran. Namun demikian, melalui video yang bakal pembaca saksikan sebentar ini menampakkan satu kumpulan wanita yang berdikir dengan menggunakan ayat-ayat suci Quran dan pergerakan seni mereka yang seolah-olah telah mempersendakan bait-bait Quran itu sendiri.

Jelas...kita sedia maklum..adab dan etika membaca dan melafaz ayat Quran adalah sopan keseluruhannya...

Untuk itu, meh la kita saksikan suntingan video Dikir Pergerakan Senda Ayat Quran...
Sekiranya, fakta yang DK sediakan di atas nih salah atau tidk sahih..mohon perbetulkan yer..


tepk dada tanya minda...

Wassalam..

DK

Catat Ulasan