Jeritan sayu sebelum rentung



BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang rentung hingga mengakibatkan Tiong Boon maut dalam kejadian di Alor Setar kelmarin.
ALOR SETAR – Seorang peniaga menemui ajal dalam keadaan menyeksakan apabila dia terbakar hidup-hidup selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar di Jalan Batas Paip menuju Kuala Kedah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Peh Tiong Boon,30, rentung dari paras pinggang ke bawah.
Difahamkan, bapa kepada seorang anak itu sempat menjerit meminta tolong sebaik kemalangan tetapi orang ramai tidak dapat membantu kerana kedua belah kakinya tersepit dan api marak begitu cepat menyambar keretanya.

Catat Ulasan