Ombak Rindu Berjaya Kutip RM2 Juta Dalam Masa 72 Jam. Bakal Pecah Rekod?

Secara sah Malaysia kini di’landa demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem ini sememangnya filem yang di’nanti dan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini.
Malah ada antara peminat yang meluahkan keluh kesah di Twitter, Facebook dan blog kecewa tidak berpeluang menonton filem romantik arahan Osman Ali ini kerana kehabisan tiket.
Sinar Harian semalam menyebut yang pihak penerbitan Ombak Rindu mengesahkan kutipan hari pertama di’pawagam seluruh negara berjumlah RM750,000 — tetapi ini khabar yang kami dengar dari sumber lain.
Filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani sebagai teraju utama begitu laris sehingga berjaya mengutip RM2 juta selepas tiga hari tayangan seluruh Malaysia.
Jika trend kutipan cemerlang ini merupakan satu permulaan, kami kira Ombak Rindu boleh memecah rekod kutipan RM12 juta yang di’lakukan KL Gangster sekitar Jun 2011 lalu. Hmm.

Catat Ulasan