Nasha Aziz Dah Cecah 41 Tahun, Masih Comel



Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.
“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.
Pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ni ditemui di pelancaran produk GNC Live Well sempena memperkenalkan set minuman kolagen, ‘LAC Taut’, bertempat di hotel Double Tree, semalam.
Pada majlis tersebut Nasha diundang khas bersama dua lagi selebriti iaitu pelakon-model Alan Yun dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bagi menceritakan pengalaman mereka sebagai pengguna ‘LAC Taut’.
“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni.Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.
Melihatkan ‘supermodel nombor satu tanah air’ ni tidak habis-habis menyebut perkataan ‘cinta’ sepanjang majlis, seperti biasa soalan wajib dikemukakan padanya, sudahkah dia menemui cintanya?
Nasha menjawab, “(senyum) Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya.”
Menurut Nasha, dia tidak meletakkan sebarang target waima dalam usia sebegini, dia langsung tidak merasa bimbang dengan statusnya yang masih solo. Sebaliknya pelakon filem Cinta Luar Biasa ini menyerahkan segala pada-Nya.
“Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,”
“Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti, petahnya sambil tersenyum lebar.
Menurut Nasha lagi, walaupun hidup bersendirian dia gembira kerana sebetulnya dia tidak sempat merasa sunyi. Tambahan dengan kehadiran kawan-kawan sekeliling juga para peminatnya yang mencecah lebih 700, 000 di fanpage rasminya sekaligus membuatkan rutin hariannya terisi.
“Saya rasa hidup saya penuh dengan warna. Saya ada kawan-kawan, berbual dan berkongsi rasa. Syukur saya ada peminat yang ramai. saya kongsikan hidup saya dengan mereka. Walaupun saya tak selalu balas kiriman-kiriman mesej peminat di fanpages saya, tapi mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya. Mereka beri saya cinta dan saya menerima cinta. Jadi saya tak sempat pun nak rasa sunyi”, katanya lagi.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai perkembangan karier, Nasha baru saja selesai menjalani penggambaran Stand By Me bersama produksi Indonesia. Antara pelakon Malaysia lain yang turut menjayakan telemovie tersebut ialah Jehan Miskin.
“Baru saja habis shooting di Jakarta. Buat masa ni daya tidak menggambil job drama atau filem. Lagipun dah nak bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setiap kali Ramdhan memang saya akan perlahankan aktiviti seni dan lebih banyak luangkan masa dengan memenuhi aktiviti di bulan puasa, misalnya berbuka puasa bersama anak-anak yatim,” ujar pelakon Super Mak ni mengakhiri perbualan. 

VIDEO DEWASA! AKIBAT ASYIK MENARI SAMPAI TERSELAK SKIRT..!!



Akibat terlalu asyik menari rentak Hindi, seorang wanita telah menyelak skirtnya tanpa beliau sedari..

Gelagat wanita tersebut telah menarik perhatian ramai mata yang hadir di satu majlis..

Jom tengok video.. Layannn..



ZZ ~ comelnyerrr... anak sape la tue... 

Gambar Lucu David Beckham Terkantoi Oleh Isteri Mengintip Punggung Cheerleader

Pemain bola sepak pujaaan para wanita dunia, David Beckham, yang kini bermain bagi Los Angeles Galaxy selalu berada di gelanggang basket Staples Center untuk melihat Kobe Bryant dan kawan-kawannya di Los Angeles Lakers bertanding.

Biasanya Beckham menonton di kerusi sisi gelanggang bersama sahabatnya, aktor Tom Cruise. Dan yang namany lelaki pastilah yang mereka bincangkan "agak menghiburkan" seperti misalnya ke-sexy-an dan kecantikan cheerleader.

suatu ketika David mengajak isterinya yang mantan anggota kumpulan vokal wanita terkenal Spice Girls, Victoria alias Posh Spice. Tepat di depan hidungnya seorang cheerleader melenggak-lengokkan buntutnya yang sexy dan David menatapnya tidak berkelip sambil berusaha menahan diri.






Hmmmmm......



Victoria: "Apa yang kamu lihat?"



"Aku tidak lihat apa-apa sayang..Jangan merajuk ya"


Keadaan Hotel Paling Murah Di Jepun Dengan Harga RM25/Malam

Hotel ini terletak di Kamagasaki, Osaka City dan dinamakan sebagai The Kimiya.

Ini adalah harga untuk tinggal di hotel ini :

500 yen – No TV
700 yen – With TV
800 yen – With TV [A more spacious room than the others]








Merangkak 1 KM di Jalan Raya Demi Memohon Maaf dari Isteri

Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di China rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf. Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas jalan raya bandar Putian, Wilayah Fujian.
  

Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dirinya sengaja melakukan perkara tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya. Ia berniat merangkak seperti itu hingga ke Zhengrong Times Square yang terletak sekitar 1000 meter dari lokasi awal ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, terlihat seorang wanita turun dari motor, memanggil teksi dan membawa si lelaki pergi dari sana.


[Video] Mencemaskan... Kanak-kanak Atas Balkoni Tingkat Lapan!



Kejadian ini belaku di Wyken, sebuah bandar kecil di daerah Coventry, England.

Seorang kanak-kanak hampir berdepan dengan kematian bila dirakamkan sedang berada di atas balkoni kira-kira 100 kaki dari paras tanah.


Balkoni tersebut berada di tingkat lapan, dan kanak-kanak tersebut duduk dan merangkak di atasnya mengundang kegusaran orang ramai yang sempat melihat aksinya dari bawah.

Seorang jiran dari apartmen bersebelahan, Debbie Green, sempat merakamkan video dramatik di bawah.


“Saya terlihat seorang kanak-kanak bermain di atas balkoni tanpa ada sesiapa yang mengawasinya. Saya sangkakan dia akan terjatuh dan jika itu berlaku sudah pasti kanak-kanak ini akan menemui ajal. Saya tidak pernah merasa kegusaran sebegini,” kata Debbie.

“Angoota polis datang kira-kira 6 minit kemudian tapi menantikan detik itu saya rasakan terlalu lama dan menakutkan,” tambahnya.

Selepas menggeledah selama 7 minit anggota polis akhirnya menemui unit apartment kepunyaan ibu-bapa kanak-kanak tersebut. Mereka sedang tidur semasa anak mereka hampir berdepan dengan maut jika terjatuh dari balkoni.

Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara




Gusti atau dalam bahasa inggeris yakni english language ialah wrestling terdiri daripada seorang yang gagah perkasa, badan berketu-ketul dan mampu bergaduh dengan selamber dan rileks sahaja... tetapi sekuat mana pun mereka ini, pasti akan menjadi tua, anda pernah terfikir atau tidak apa pula nanti yang mereka buat selepas bersara daripada bergusti ini? Mari kita lihat pekerjaan ahli gusti selepas bersara ini...

UNDERTAKER
Seorang yang mempunyai perwatakan ganas, seram dan misteri. Pekerjaan yang sesuai lepas bersara ialah penggali kubur ataupun tauke rumah hantu dekat funfair ataupun pesta.

HULK HOGAN
Mempunyai trade mark mengoyakkan baju bila berada dalam keadaan marah. Bagi sahaja dia kerja kupas kepala, setidak-tidak pun kopek durian sahaja. Pastikan dia tengah marah, baru senang sikit dia hendak kupas.

THE ROCK
Sebelum bergusti suka sangat jerit. "The Rock cookin." Dah bersara kerja yang sesuai kat mat rock ialah tukang masak, setidak pun jadilah tauke lembu sebab ada tatto kepala lembu dekat lengan dia ataupun promoter konsert rock sebab nama dia The Rock.

STONE COLD
Mamat ini muzik permulaan atau intro dia bunyi kaca pecah sahaja. Bila bersara suruh dia buka kedai jual cawan, boleh buat party tupperware, makcik-makcik mesti suka kalau siStone Cold ini jadi jurucakap.

BIG SHOWS
Mamat bagak ini kalau sudah bersara sesuai jadi jaga. Anda banyangkan kalau si Big Show ini jadi jaga bank. Ada ke tidak orang hendak rompak bank tersebut?

Ahli gusti yang tidak dapat disenaraikan, kemungkinan mereka telah mendapat kerja lain yang lebih sesuai untuk mereka dan kemungkinan kerja yang mereka lakukan itu mereka bekerja sembunyi-sembunyi jadi aku tidak tahu sangat yang selanjutnya. HEHE! Apa-apa pun sekuat mana anda pun, seperkasa mana anda pun. Anda mungkin akan menjadi tua. HEHE!

14 jenis permainan zaman kecik-kecik

Salam,




Bila dah besar rindu kan nak memain macam zaman kecik-kecik dulu. Kalau boleh nak jadi kecik jer tak nak tua. #erk mana boleh!. Tapi budak-budak zaman sekarang dah tak macam budak-budak zaman kita dulu. Bebudak sekarang mainan diorang advance belaka. Kita dulu belakang rumah, dekat parit dan sungai lah port kita. Budak sekarang? Depan laptop tu ha dari pagi sampai malam kan? Haishh perubahan dunia...



Masa kecik-kecik jannah memang campur dengan bebudak kawasan bazar niaga plus kekawan bukit masjid main petang-petang. Port selalu adalah belakang kedai dan bukit masjid. Dah nama pon bebudak kalau main tak ingat nak balik. Tapi jannah dulu kalau main terus empat-empat adik beradik main sesama. Tapi dah besar sikit adik 2 orang tu jer lah yang keluar bermain. Sampaikan kena kudis buta 2-2 orang tu. Jannah ingat lagi. memang lucu lah! HAHA. Perasan tak masa kecik-kecik mainan kita semua ikut musim. Kadang musim tu kadang musim nie. Semua bergantung musim. Tapi yang buat musim tu pon kita jugak masa budak-budak dulu kan?



1. Main baling selipar
Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sape baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti.
Baling selipar

2. Main baling Tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.


3. Polis sentry
kalau kami dulu kecik-kecik tak panggil polis sentry tapi kami panggil main "jadi-jadi". Lucu kan? Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain. HAHA


4. Main lompat getah
Yang nie pon pemes gak. Jannah sampai kumpul-kumpul getah and buat getah memanjang. Paling best kalau satu geng dengan arwah adik jannah apit. Dia teror main getah boleh lepas sampai ke kepala. Sekarang kalau suruh main memang kalah lah jannah sebab perot dah boroi tak boleh dah nak lompat-lompat kang tersangkut kat perot. HAHA
Main lompat getah


5. Galah panjang
Yang nie pon best. Kalau main reramai lagi best lah kompom suara kawan-kawan menjerit bagi arahan. Kejap lagi ada yang mengagah-agah lawan sebab nak lepas ke next station. hehe. Kalau salah sorang buat spoil nanti semua geng salahkan dia. Terpaksa bagi chance kat pihak lawan. hehe


6. Main guli
Yang nie adik jannah 2orang tu memang menggila. Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru adik jannah 2orang tu mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu. 


7. Main gasing
Yang nie jannah pernah jugak lah main tapi tak ada lah macam kemaruk sangat. Adik jannah 2orang tu yer lah. Sampai kan dalam rumah pon dok main gasing. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!

Main Gasing
8. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau. Jannah ingat dulu kalau main datuk harimau mesti ada sorang budak tu asyik dia jer kene jadi datuk harimau. Siapa ntah nama dia, lupa dah.


9. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Biasa port kami kat atas bukit masjid. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada. HAHA


10. Batu seremban
Yang nie jannah paling terror. Kalau main dengan arwah adik jannah memang dia kalah jer lah. Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama. 


11. Main ceper
Korang tau kan mainan apa tu? Ke ada yang tak tahu? Biasa budak-budak akan masuk kedai makan lepas tu mintak pungut penutup botol coca-cola. Sebab penutup botol tu nanti di ketuk dan dibuat main ceper. 

main ceper

12. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu jannah main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA


13. Main kereta control
Yang nie ada pernah musim. Lama juga kalau datang musim kereta control dan kalau nak tunggu musim nie pon lama. Mainan nie biasa memang perlukan kos yang tinggi sikit sebab kereta control time tu tak semua orang mampu beli. Tapi masa tu mahal-mahal pon dalam rm10 jer. Adik jannah 2orang tu memang kaya dengan kereta control. And mak jannah masa tu pon asyik jer lah membeli untuk budak 2orang tu. Cis kek betol. hehe


14. Main teng-teng
Permainan nie jannah rasa paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?
main teng teng
Sumber Gambar : Pakcik Google

Tu jer lah yang jannah ingat setakat ni. Padahal banyak gila mainan yang dok kita main masa zaman kanak-kanak dulu. Best kan jadi kanak-kanak. Dulu tak payah nak pikir apa, tau keluar main sebelum maghrib kena balik. Kalau tak mak jadi singa mengamok. HAHA



Budak-budak zaman sekarang tak merasa dah mainan macam kita dulu. Kesian jugak mereka. Lama-lama boleh tenggelam dek zaman permainan zaman kita dulu. Budak-budak zaman sekarang pon dah tak nak sangat jejak kaki kat tanah diorang lebih suka hadap laptop bagai kan?. :)