VIDEO PENGANTIN TUNJUK SKILL ROTI CANAI TERBANG

AYER MOLEK - Majlis perkahwinan seorang penebar roti canai di Bukit Lintang, dekat sini, menarik perhatian tetamu apabila diserikan dengan aksi menebar roti canai 'terbang' daripada pengantin itu sendiri.


Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor, 31, yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar, 25, walaupun sudah berkenalan hampir setahun sebelum diijabkabulkan, kelmarin.


Muhammad Fauzi berkata, dia melakukan perkara itu sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir pada majlisnya, selain menjadi hadiah kepada isterinya untuk menyaksikan sendiri kemahirannya melakukan pelbagai skil sebagai penebar roti canai terbang profesional yang berpengalaman lebih 15 tahun.


Muhammad Fauzi menunjukkan kemahiran membuat roti canai terbang di hadapan isteri dan tetamunya, semalam.



Anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu menebar tiga keping roti canai dengan melakukan tebaran, kombinasi melambung dan terbang, pusaran serta memusingkan tebaran menggunakan dua tangan dalam masa hampir 10 minit.


Mengenang detik perkenalan mereka, Muhammad Fauzi berkata, dia menjalin hubungan dengan isterinya yang berasal dari Jembatan Duyong, di sini selepas diperkenalkan rakannya.


Dia kini bertugas di sebuah restoran makanan Timur di Sydney, Australia dan bakal bekerja di tempat baru iaitu di Melbourne selepas cuti kahwinnya tamat.


“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan membawa isteri saya berhijrah ke sana (Australia) kerana saya mempunyai kerjaya di sana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Muhamad Fauzi berkata, sepanjang melakukan kerja sebagai penebar roti canai berkemahiran, dia melakukan pelbagai aksi dan sudah beberapa kali menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan.

JERSI PASUKAN LUMBA BASIKAL COLOMBIA CETUS KONTROVERSI



Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.


Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogel.




"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogel.


Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili.

PUNCA AKSI DUYUNG GADIS DI KELANTAN DIKECAM RAMAI



Amboi, aksi seorang gadis yang bergambar seakan-akan ikan duyung di tengah-tengah banjir di Kelantan menerima kecaman dari pengguna media sosial.


Memanglah tidak salah bergambar dan mungkin perbuatan gadis tersebut hanya sekadar untuk suka-suka, tetapi ada pula yang berpendapat ia tidak sesuai memandangkan bencana alam yang sedang melanda negeri berkenaan.


Dengan hanya ber’legging’ serta ditambah pula melekat ditubuh kerana dibasahi air banjir, aksi gadis berkenaan disifatkan sebagai tidak patut kerana memandangkan Kelantan adalah sebuah negeri yang mengambil berat soal aurat perempuan.


Diharap gadis-gadis di Kelantan atau di mana-mana sahaja berfikir terlebih dahulu sebelum memuatkan aksi-aksi sebegini di media sosial kerana penerimaan orang lain adakalanya amat sukar untuk dijangka.



Sumber : MyNewshub

PELUKIS YANG DIDATANGI MAKHLUK ASING SEBANYAK 6 KALI




LONDON – Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.


Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005.


Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia.


Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya.


"Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut.


"Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan," jelasnya.


Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap.


"Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar," jelasnya.




Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai. - Kosmo

MULIA TINDAKAN LELAKI CINA YANG MENUMPANGKAN MANGSA BANJIR DIRUMAHNYA

Timo kasih boh tlog ore banjir…kito ore klate xkiro kaum..Kawe respect boh! Timo kasih boh.’ Begitulah bunyinya ayat yang dimuat naik oleh Yuzairy Yusoff.


Selain itu, `thanks for excepting…your kindness touching me so much. may Allah bless u n ur family’. Ini pula daripada pemilik akaun FB, Florie Fred Sindu.




Itu adalah sebahagian daripada petikan ulasan daripada beberapa pemilik akaun FB apabila melihat foto Chun Kiet Ong, 32, yang memaparkan mangsa banjir berada di kediamannya di Kota Bharu.


Chun yang dihubungi, malam tadi, berkata: “Kita orang Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita tolong semua.”


Beliau yang juga peniaga menumpangkan sepuluh mangsa banjir di rumah kedai miliknya di Jalan Che Su, Kota Bharu, berikutan banjir teruk.


Katanya, kesemua yang berada dalam foto terbabit adalah daripada keluarga yang juga mendiami kawasan berhampiran kedai rumahnya.


“Saya memberi pelindungan di tingkat satu rumah kedai saya. Rumah kedai saya empat tingkat. Dua keluarga itu termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an.


“Ketika air mula naik, kesemua mereka yang ketika itu mahu mencari tempat perlindungan lalu di kawasan rumah saya. Mereka meminta kebenaran menumpang di rumah saya untuk tiga hari.


“Selain menumpangkan mereka, saya juga memberikan mereka makan dan minum sepanjang menetap di rumah bermula Khamis hingga Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Tetapi, katanya, selepas tiga hari, mereka menyuarakan untuk ke pusat pemindahan sementara bersama mangsa banjir lain yang tidak jauh daripada rumah kedainya.


“Saya ada halang mereka. Tapi, saya juga perlu menghormati keputusan mereka yang turut memaklumkan tidak mahu susahkan saya sekeluarga. Tapi, apalah sangat, hanya bantuan ringan dapat saya beri. Sebagai rakyat Malaysia, saya tolong tanpa kira bangsa,” katanya.


Khamis lalu, bapa kepada seorang anak itu memuat naik gambar di Facebook miliknya dengan keterangan, “Ni lah mangsa banjir yang saya menempatkan di rumah saya. Harap mereka duduk dengan selesa…”.


Ia mendapat reaksi positif daripada pengguna FB yang rata-ratanya menganggap tindakan sebagai langkah terbaik membantu mangsa banjir.

Amoi Taiwan "Hari Tanpa Seluar" Naik Keretapi.??

Amoi Taiwan Naik Keretapi Tanpa Seluar Hari tanpa seluar dalam keretapi mendapat sambutan menggalakkan dari amoi-amoi Taiwan.Mereka telah bersiap seawal 9 pagi untuk menaiki keretapi.Hari tanpa seluar ini berasal dari New York membawa mesej lindungi alam sekitar.4000 orang peserta telah menyertai kempen pelik ini.








Menarik..!! 10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia

Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai. Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap palingngeri dan berbahaya. Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati. Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.

1) The Immortal Bridge (China)



2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)



3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)



4) Royal Gorge Bridge (Colorado)



5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)



6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)


7) Puente de Ojuela (Mexico)


8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)


9) Vitim River Bridge (Siberia)


10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)

[7 Gambar] Mesej Rahsia Seorang Suami Kepada Isteri Yang Telah Meninggal Dunia

Apabila anda benar-benar menyintai seseorang, sudah pasti anda ingin membuktikannya pada orang yang anda cintai. Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyampaikan rasa cinta, tetapi seorang petani dari United Kingdom telah melakukan sesuatu yang sukar kita lupai.








Isteri Winston Howes meninggal dunia 17 tahun yang lalu, dan dia amat terkesan dengan pemergian isterinya. Dia fikir dia mahu lakukan sesuatu untuk memperingati isterinya itu. Jadi…dia mula menanam pokok. Setelah tahun demi tahun, pokok-pokok yang ditanam telah menjadi sesuatu yang mungkin juga benda paling romantik pernah kita lihat.

Dan semua ini ialah satu rahsia sehinggalah seorang pengembara belon udara panas mengambil gambar dari udara.


Setelah kematian isterinya, Winston merasa ‘kosong’.





Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.





Untuk memperingati isterinya, Winston telah menanam beribu pohon Sapling di sebuah tanah seluas enam ekar.






Apa yang istimewa, ada bahagian yang tidak ditanam apa-apa. Dan inilah mesej Winston untuk isterinya.







Ia ialah sebuah padang rumput berbentuk hati, dan hati ini menunjuk kepada rumah yang didiami isterinya sewaktu kanak-kanak.






Pasangan ini berkahwin selama 33 tahun sehinggalah isterinya yang bernama Janet meninggal dunia kerana kegagalan hati. Tetapi Winston tidak melupai isterinya dan waktunya juga banyak dihabiskan di padang rumput untuk mengingati isterinya.

Mungkin ini yang boleh dinamakan ‘cinta sejati’.