Kempen Derma Sperma Di China

Motif derma sperma? Kalau derma darah tu berbaloi la jugak.
Dari bacaan Haku setiap penderma sperma akan menerima bayaran sebanyak RM90-RM100 ringgit untuk setiap sesi.

Tapi yang Haku rasa yang akan lebih ramai menderma sperma adalah golongan yang pervert sebabnya... ada jururawat yang comel membantu merekah wth. Macam dah takde keroje nurse-nurse tu nak menolong dorang ni menderma sperma.
Baik je la nurse tu tolong mangsa kecemasan lagi ada makna.

Makanya berbondong-bondong la lelaki yang sangat rela menderma sperma ni datang dan berjayalah kempen tak masuk dek akal dorang ni phuiii.


Pastu dah derma sperma tu nak salurkan kat mana la kengkonon? Macam la negara China tu bole beranak lebih dari dua.
Ntah ke sperma-perma yang terkumpul tu dieksport ke negara luar? Dah sudah mak bapak kokesen alih-alih anak mata sepet rambut hitam pekat.

Pada Haku negara dorang yang memang tak menggalakkan anak ramai ni baik je la amik anak angkat... Pastu buat kempen derma darah lagi bermakna. 
Kata la insist nak anak sendiri.... pastu pegi bank sperma amik sperma tu bagi kat bini ko tetap bukan anak ko sendri dol... Bini ko mengandung sebab sperma orang lain adaaa kaaa...

P/S : Macam-macam kegilaan manusia

Mitos Malam Pertama Yang Tidak Harus Dipercayai



Pada malam pertama, pasangan yang baru berkahwin biasanya merasa bahagia, namun pastinya terdetik juga rasa gusar dan khuatir. Perasaan ini umumnya dirasakan oleh pasangan yang akan melakukannya untuk pertama kali. Mengapa? Kerana ada banyak mitos keliru tentang malam pertama yang menjadi ketakutan, padahal perkara itu belum tentunya terjadi.

Berikut adalah beberapa mitos tentang malam pertama yang sering dipercayai oleh kita...

Mitos 1: Wanita mesti ada 'pendarahan'

Menurut kepercayaan sebahagian besar lelaki, perdarahan merupakan tanda untuk membuktikan pasangan yang dinikahinya masih lagi dara/perawan kerana ketika selaput dara pecah, wanita akan mengalami perdarahan. Namun, kenyataannya tidak semua wanita harus mengalami pendarahan untuk membuktikan keperawanannya.

Sering melakukan aktiviti sukan dan olahraga yang merenggangkan otot pinggul, kurangnya pembuluh darah di selaput dara atau cairan mazi yang banyak, merupakan faktor-faktor yang akan membuatkan wanita tidak mengalami perdarahan pada hubungan seks pertama.

Mitos 2: Seks pertama kali selalu menyakitkan

Ramai wanita takut melakukan hubungan seks kerana mereka tidak dapat membayangkan kesakitan yang akan dialami pada kali pertama melakukannya. Sebagaimana tidak semua wanita mengalami perdarahan pada seks pertama, demikian juga tidak semua wanita memiliki selaput dara yang utuh. Seks pertama kali jadi menyakitkan jika selaput dara masih ada.

Foreplay yang cukup adalah teknik paling mudah untuk membuatkan hubungan seks pertama kurang menyakitkan. Jika ditambah dengan beberapa aktiviti seperti berbasikal, menunggang kuda, seni bela diri dan senaman regangan dapat mengendurkan selaput dara dan membuat otot di sekitar alat kelamin menjadi lebih renggang, sehingga membuat seks kali pertama tidak terlalu menyakitkan.

Jadi tidak perlu khuatir, jika malam pertama terasa menyakitkan maka lakukan secara perlahan.

Mitos 3: Buang air kecil dapat mencegah kehamilan

Adakala pasangan yang baru berkahwin belum bersedia untuk menimang cahayamata dan mencari beberapa solusi untuk mengelakkan kehamilan.

Ramai yang percaya jika seorang wanita membuang air kecil dengan segera selepas melakukan hubungan seks, sperma akan keluar untuk mencegah kehamilan. Faktanya, air kencing dikeluarkan melalui pundi dan salur kencing sedangkan sperma memasuki rahim melalui ovari. Jadi membuang air kecil untuk mencegah kehamilan adalah mitos semata-mata.

Isi Perut Bangkai Paus Jatuh Di Tengah Jalan Raya



Seekor paus, dengan panjang 56-kaki dan berat 60-tan mati di sebuah pantai di Taiwan.Para Peneliti menginginkan bangkai itu untuk diotopsi dan diteliti, sehingga mereka mengangkut paus tersebut dengan lori trailer dan berangkat melalui bandar Tainan, menuju Shi-Tsau Natural Preserve . 

Memerlukan masa 13 jam, tiga crane dan 50 pekerja untuk meletakkan paus tersebut ke dalam trak. Sayangnya gas yang di letakkan di dalam mesin paus tersebut untuk tujuan tertentu, meletup di tengah jalan dan menumpahkan isi perut paus tersebut.

Kalau Dah Lapar, Makan Batu pun Boleh...!!!!!



Mari lihat arca set makanan yang sangat realistik diperbuat daripada batu. Ianya dihasilkan oleh individu disebalik RockFoodTable.com. 

Mereka mencari batu yang mempunyai bentuk seperti makanan dan setelah mendapat batu tersebut, mereka akan menukarkannya menjadi arca makanan. Hasilnya ialah batu yang kelihatan seperti makanan sebenar. Mungkin sedap mata memandang, tetapi keras untuk dimakan!

GILER...!! TAMAN KHAS UNTUK PASANGAN GAY DI CHINA



Gambar-gambar dibawah di ambil dari laman blog terkenal china tt.mop.com yang memaparkan sebuah taman di china yang khusus untuk pasangan gay berdating...Ada juga  taman seperti ini...Harap-harap di negara kita tidak ada kan...












                                                  Subhanallah...terkejut badak akak eihhh...

Wanita Kurus Ini Makan 45 HOT Dog




NEW YORK - Seorang wanita kurus, Sonya Thomas, 44, memecahkan rekodnya sebelum ini dengan memakan 45 hot dog dan roti ban dalam masa 10 minit dalam pertandingan memakan makanan itu dalam kategori wanita kelmarin.
Mendapat jolokan labah-labah 'Black Widow', wanita seberat 45 kilogram itu berkata, dia mencapai matlamatnya untuk memakan bilangan hot dog yang menyamai usianya.
Thomas yang berdarah kacukan Korea-Amerika, merupakan antara 15 peserta pertandingan tersebut.
Dia mengatasi rekodnya pada tahun lalu dengan kelebihan lima hot dog.
Thomas dari Alexandria, Virginia memenangi tali pinggang kejuaraan dan wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,545).
Dia menyertai Kejuaraan Antarabangsa Memakan Hot Dog Terkenal Nanthan yang berlangsung di Pulau Coney di sini.
Joey Chestnut, 28, mempertahankan kejuaraannya untuk kali keenam berturut-turut dalam kategori lelaki apabila dia memakan 68 hot dog yang menyamai rekodnya pada 2009 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000.
Kategori lelaki dan wanita itu mula diwujudkan pada tahun lalu.
"Pertandingan secara berasingan adalah sesuatu yang baik kerana tekak (wanita) lebih kecil. Justeru, kami tidak dapat menelan secepat mereka (lelaki)," kata Thomas sebelum pertandingan bermula.
Apabila pertandingan makan hot dog itu mula diadakan pada tahun 1916, pemenang acara berkenaan memakan cuma 13 hot dog dalam masa 10 minit.


Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/07/wanita-kurus-ini-makan-45-hot-dog.html#ixzz201z7AiNF

Orang utan dipaksa berhenti merokok


Orang utan dipaksa berhenti merokok, tori hisap rokok, tori, Zoo Taru Jurug di Solo,
JAKARTA: Seekor orang utan yang menjadi tarikan utama sebuah zoo di Indonesia kerana gemar menghisap rokok akan dipaksa meninggalkan ketagihan itu.

Penyelaras Pusat Perlindungan Orang Utan, Daniek Hendarto, berkata pengunjung zoo mula melempar rokok yang siap dinyalakan ke kandang orang utan betina itu ketika ia baru berusia lima tahun.

Disebabkan amalan itu, orang utan bernama Tori - kini berusia 15 tahun- mula ketagih menghisap rokok. Kata Daniek, pihaknya bekerjasama dengan pengurusan untuk memindahkan Tori ke sebuah pulau terletak di tengah tasik zoo berkenaan. “Dengan cara itu, Tori tidak lagi dapat bekalan rokok daripada pengunjung,” katanya. Menurut Daniek, disebabkan orang utan amat mudah meniru perbuatan manusia, ibu bapa Tori juga merokok. Berita mengenai Tori tersebar pantas 10 tahun lalu, sekali gus mendorong orang ramai mengunjungi Zoo Taru Jurug di Solo.

Kata Daniek, sementara menunggu kelulusan daripada pentadbiran zoo terbabit, Tori kini ditempatkan di sebuah kandang khas dan menjalani terapi untuk mengekang ketagihannya. - AFP

Gambar pelakon Nazim Othman dan Aqasha di Tanah Suci Mekah


Assalamualaikum
Pelakon Nazim Othman yang juga popular dengan nama Bazli dalam drama Dejavu di Kinabalu telah ke tanah suci Mekah bersama dengan Aqasha dan pelakon lain bagi mengerjakan Umrah dan melakukan pengambaran drama. Agak-agak drama apa ye ? Sama-sama kita nantikan di kaca TV nanti. Berikut merupakan sedikit gambar dari Nazim Othman dan beberapa gambar ketika berada disana.



Nazim Othman dan Aqasha di Mekah


Nazim Othman di Mekah

Nazim Othman  di Mekah