Pelajar Ditemui Tergantung Selepas Jawab Kertas SPM Matematik Tambahan....



KUALA LUMPUR, 24 Nov: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga seorang pelakon di dalam drama tempatan berbahasa Cina, dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini.

Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di Taman Jinjang.

Pelajar tersebut disifatkan oleh gurunya sebagai seorang yang bijak.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan insiden terbabit.

Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia tidak berjaya menjawab soalan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang didudukinya hari ini.

"Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu

"Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sekolah.

"Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang ke rumah", kata Sukri memetik laporan NST.

Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit gagal menghadirkan diri di sekolah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II pada petang itu.

"Guru terbabit kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.

"Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di KL, kemudian menelefon ibu saudara pelajar itu untuk memeriksa anaknya", kata beliau.

Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Polis menolak sebarang unsur jenayah didalam insiden terbabit.

Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. - Siakapkeli.my

Yang Mereka Nampak Hanyalah Penjawat Awam Sombong, Gambar Seperti ini Pasti Tidak Akan viral....



Sejak kebelakangan ini, kita sering terlihat di dada media sosial tentang keburukan penjawat awam lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat di dengan masyarakat yang ramai seperti di hospital atau kaunter-kaunter seperti bank, jabatan pendaftaran atau mana-mana yang melibatkan urusan orang ramai seharian.

Jarang-jarang sekali kita melihat di dada media kebaikan mereka ini walaupun yang 'buruk' itu hanya segelintir di kalangan penjawat awam.

Disebalik isu semasa melibatkan kakitangan JPN, Kakitangan hospital dan pelbagai lagi, kita lupa akan pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas membuat kerja membantu masyarakat.

Berikutkan itu, seorang doktor bernama Abdul Rahman Abdul Kadir telah membuat luahan ini di laman Facebooknya yang menunjukkan contoh seorang kakitangannya yang melakukan tugas ikhlas membantu masyarakat tetapi menurutnya perkara seperti ini pasti tidak mendapat perhatian masyarakat, sebaliknya hanya keburukan yang lebih di cari.

Berikut adalah tulisan beliau,

Gambar di bawah saya jumpa di media sosial. Ia adalah staff saya. Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah MA (Medical Assistant). Zaman dahulu jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.

Jawatan ini adalah salah satu jawatan paramedik bersama para jururawat (nurse). Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.

Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan pesakit, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa.
Penat pekerjaan mereka bukan kepalang. Kadang kala terpaksa bekerja double syif demi berkhidmat demi negara.

Lihatlah gambar itu. MA saya mengangkat sendiri seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan flat nenek tersebut tiada lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat.

Begitulah pengorbanan kakitangan KKM dalam menjalankan tugas. Kami mengetepikan rasa penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadangkala berkecil hati kerana kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat bersama kerana berkhidmat untuk anda dan negara.

Tapi gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Tiada penghargaan untuk senyuman ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.
��������

Yang akan viral adalah penjawat awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus (semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami amat sibuk.

Wahai sahabat2ku penjawat awam terutamanya warga KKM...bersabarlah atas cercaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Biar kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat.
Ameen.


- Siakapkeli.my

Tips Menghilangkan Bekas Luka Yang Ada Di Kulit....

Luka pada tubuh bisa muncul karena berbagai macam penyebab, baik itu luka ringan maupun luka berat. Tapi baik ringan atau berat kadang-kadang membuat kita jengkel jika setelah luka sembuh meninggalkan bekas luka di kulit yang mengganggu penampilan.

Seperti halnya bekas jerawat yang sulit hilang di wajah, bekas luka juga selalu meninggalkan aneka macam bentuk tak sedap di mata. Bagi beberapa orang bekas-bekas guratan luka tersebut sangat mengganggu penampilan dan kepercayaan diri.



Cara menghilangkan bekas luka di kulit

Dan karena itu melalui artikel pengensehat.com kali ini kita akan membahas beberapa tips bagaimana cara menghilangkan bekas luka di kulit atau menyamarkannya sehingga tidak begitu nampak jika dilihat sekilas.

4 Cara Alami Menghilangkan Bekas Luka Di Kulit
Bagi anda yang merasa tidak nyaman dengan bekas luka, baik itu di wajah atau di bagian tubuh lainnya bisa menggunakan empat bahan alami di bawah ini untuk membuat kulit jadi mulus kembali atau menyamarkan bekas guratan luka pada kulit.

Berikut ini beberapa cara menghilangkan bekas-bekas luka yang muncul di kulit:

1. Gunakan madu

Cara pertama menghilangkan bekas luka di kulit adalah menggunakan madu alami. Madu bermanfaat merangsang pertumbuhan sel, menghilangkan rasa nyeri, mendinginkan suhu tubuh, mengatasi kulit kering dan yang perlu anda ketahui madu ternyata juga dapat menghilangkan bekas luka yang ada di kulit.

Madu yang baik adalah madu asli, bukan sintetis atau sudah dicampur dengan pemanis buatan. Paling baik lagi jika madu yang didapatkan langsung dari peternakannya atau madu liar.

Cara menggunakan madu untuk menghilangkan bekas luka adalah cukup balurkan sedikit madu ke bekas luka di manapun tempatnya, diamkan selama setengah sampai satu jam kemudian bilas dengan air hangat dan keringkan dengan handuk atau kain yang bersih.

2. Teh hijau

Selain memiliki rasa yang nikmat teh hijau juga memiliki beberapa manfaat diantaranya dapatmenumbuhkan rambut dan menghilangkan bekas luka yang ada di tubuh kita.

Caranya pun cukup mudah, bersihkan luka terlebuh dahulu kemudian obati agar darah tidak terus mengalir. Setelah luka bersih siapkan handuk kecil halus atau kapas lalu kita celupkan ke teh hijau yang sudah kita campurkan dengan air kemudian kompres bekas luka tersebut.

3. Lidah buaya

Lidah buaya adalah salah satu tanaman yang banyak dicari oleh orang selain karena tanamannya yang cantik, lidah buaya juga memiliki manfaat yang sangat baik untuk tubuh misalnya untuk mempertebal rambut kita, untuk menghitamkan rambut, dan juga masih banyak lainnya yang dapat kita manfaatkan untuk kesehatan khususnya pada kulit dan rambut.

Lidah buaya juga dapat digunakan untuk membersihkan bekas luka yang ada di kulit, caranya sangat mudah:
  • Ambil beberapa lidah buaya
  • Kupas kulitnya dan ambil isinya
  • Balur isi lidah buaya ke bekas luka di kulit

Cara ini akan mempercepat proses penyembuhan luka dan menghilangkan bekas luka yang biasanya berwarna hitam.

4. Mentimun

Selain rasanya enak dan sering dikonsumsi bersama rujak, mentimun juga dapat digunakan untuk menyembuhkan bekas luka yang menghitam di kulit.

Cara membuatnya adalah sebagai berikut:
  • Kupas mentimun
  • Haluskan mentimun menggunakan alat seperti blender
  • Oles luka menggunakan mentimun yang sudah diblender tersebut

Lakukan secara disiplin dan berkali-kali agar luka pada kulit bisa hilang dengan cepat. Selain dapat menghilangkan bekas luka, mentimun juga bermanfaat untuk merawat wajah agar terlihat putih bersinar.

Bekas luka biasanya di sebabkan karena kecelakaan, cacar, jerawat dan lain-lainnya. Merawat kulit dengan benar membuat penampilan terlihat lebih keren dan memikat.

Demikian beberapa tips bagaimana cara menghilangkan bekas luka di kulit menggunakan cara alami. Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda yang ingin menghilangkan bekas luka di kulit.


Sumber : pengensehat.com

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam, Perokok Wajib Baca!

 Klik SINI

Kes Kematian Wanita Ini Sungguh Misteri Hingga Anda Patut Ambil Tahu Tentangnya....


Misteri kematian wanita ini membuatkan kita lebih berhati-hati apabila memilih hotel untuk menginap. Kini, kita bukan sahaja memeriksa apakah perkhidmatan dan ciri-ciri keselesaan yang disediakan oleh pihak hotel, tetapi kita perlu juga memeriksa sejarah hotel tersebut. Ini kerana misteri kematian yang bakal diceritakan ini mempunyai kaitan dengan sejarah silam hotel tersebut.

Elisa Lam berusia 21 tahun ketika kejadian ini berlaku. Dia seorang pelajar berdarah Canadian-Asian telah menginap di Hotel Cecil, Los Angeles dan kehilangan nyawanya di situ pada Januari 2013. Hotel Cecil ialah sebuah hotel bajet dan memiliki 600 buah bilik tetamu. Ia dibina pada tahun 1927 dan ditambahbaik pada tahun 2007. Ya, ia sebuah hotel lama yang memiliki beberapa sejarah yang agak mengerikan. Antaranya, pernah menjadi tempat penginapan pembunuh bersiri bernama Jack Unterweger dan menjadi tempat pembunuhan pelakon bernama Elizabeth Short aka The Black Dahlia yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan kesnya itu. Selain itu, Hotel Cecil juga dijadikan tempat bunuh diri sejak ia beroperasi. Misteri kematian Elisa Lam ini dikaitkan dengan sejarah Hotel Cecil kerana berlaku beberapa kejadian pelik sebelum detik kematiannya seperti peristiwa di lif dan juga di tempat tangki air hotel.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan misteri ini, sila tonton ini:

10 Gambar Ini Masih Menjadi Misteri Sehingga Sekarang. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?



Biasa kita dengar 1 gambar menceritakan 1000 perkara. Tapi kadang-kadang, banyak gambar pun belum tentu dapat menceritakan keadaan sebenar. Dan kadang-kadang itu juga boleh menjadi misteri sampai sekarang.

Termasuklah gambar kes-kes di bawah:

Babushka Lady
Hessdalen Lights
Hook Island Sea Monster
Solway Firth Spaceman
S.S. Watertown Ghosts
Black Knight Satellite
Copper Falling Body
Geophone Rock Anomaly
Goddard’s Squadron Photograph
The Mysterious Case Of Elisa Lam

Apa yang berlaku sebenarnya? Lihat rangkuman video di bawah.


Pembunuhan Jalil Ibrahim Yang Pernah Mendapat Perhatian Dunia Ini Masih Menjadi Misteri.....



Perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim, seorang pegawai bank yang tahu banyak rahsia telah menarik minat seluruh dunia kerana ia melibatkan keruntuhan empayar bisnes bernilai berbilion dolar yang jatuh sepantas ia bangkit.

Jalil Ibrahim, 34 tahun (1983) adalah penolong pengurus besar bahagian audit di Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) (ia dikenali sebagai CIMB selepas penstrukturan semula) tetapi ditugaskan di anak syarikat BBMB di Hong Kong 6 bulan sebelum kematiannya.

BBMB ditubuhkan khas untuk membantu bumiputra telah menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk meningkatkan tabungan bank pada tahun 1980. Anak syarikat BBMB, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) ditubuhkan di Hong Kong sebagai satu platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.

Jalil Ibrahim dibunuh sewaktu sedang menjalankan penyiasatan ke atas sebuah kes yang melibatkan wang sebanyak RM2.5 bilion yang telah dipinjamkan oleh BMF kepada Carrian Group yang diterajui oleh seorang warga Singapura bernama George Tan.

Baca: 10 Gambar Ini Masih Menjadi Misteri Sehingga Sekarang. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Mayat Jalil Ibrahim ditemui tanpa sebarang pengenalan diri pada pagi 19 Julai 1983 oleh seorang wanita di sebuah kebun pisang di pinggir Hong Kong. Pihak polis Hong Kong kekurangan petunjuk dan menyangkakan itu adalah mayat orang Cina sehinggalah duit 10 sen Malaysia ditemui di seluar Jalil.

Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai. Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.

Penemuan diari Jalil di pejabat telah mensabitkan Mak Foon Than, ahli perniagaan Malaysia di dalam pembunuhan Jalil. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan kemudian diubah kepada penjara seumur hidup di Hong Kong.

Baca: Kes Kematian Wanita Ini Sungguh Misteri Hingga Anda Patut Ambil Tahu Tentangnya

Kes ini penuh dengan tanda tanya dan motif pembunuhan Jalil menjadi misteri sehingga kini.

“Semuanya sesuai dijadikan filem yang bagus tapi sayangnya ini adalah kisah benar,” kata Rita Gomez, wartawan siasatan Reuters.

Menurut Winsome Lane, wartawan mahkamah Straits Times, rakaman kenyataan Mak berdurasi 5 jam setengah tidak sampai ke mahkamah.

“Kenyataan 24 halaman yang dibuat oleh Mak yang mana dia memberi keterangan ke atas George Tan dan saya rasa terhadap beberapa orang lain di Malaysia hilang secara misteri dan hingga ke hari ini, tiada siapa tahu apa yang berlaku padanya.” jelas Winsome Lane.

Ikuti kisah penuh di video dokumentari bertajuk “Pegawai Bank Yang Tahu Terlalu Banyak” terbitan program Crime Investigation Asia:

'Menyirap Aku Tengok Mamat Ni!'

'Menyirap Aku Tengok Mamat Ni!'

Dia enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pergangkutan tersebut. Selanjutnya....


SEPANG - Tindakan seorang pengguna Express Rail Link (ERL) yang meletakkan kakinya di kerusi mengundang kritikan netizen di media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh Man Ahmad itu menjelaskan lelaki terbabit enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pergangkutan tersebut.

"Dalam ERL just now. Seorang Steward duduk belakang aku tegur mamat ini sebab letak kaki atas kerusi. Dia boleh jawab 'Mind your own business, you can't do nothing'.

"Menyirap je aku dengar. Aku pusing, snap gambar dia. Dia boleh pula buat bodoh saja. Nasib baik mood aku tengah baik," katanya.

Netizen mengkritik kebiadaban lelaki itu yang dianggap hanya mementingkan keselesaan sendiri sedangkan tempat duduk itu adalah untuk diduduk oleh penumpang, bukannya untuk meletakkan kaki dengan kasut yang entah bersih atau kotor.

"Kalau saya ada pada masa itu, saya akan duduk di kerusi yang menjadi tempat dia letakkan kaki itu. Nak tengok apa yang dia cakap. Nak bertumbuk pun bertumbuklah. Mesti ramai yang sokong saya," kata Hamzi Tam.