Pusuke, anjing yang disenaraikan di Guinness Book of World Records sebagai anjing tertua di dunia mati di rumah tuannya di Jepun hari ini.
Umur anjing ini ialah 26 tahun, bersamaan dengan 117 tahun umur manusia.
Menurut pemilik anjing tersebut, Yumiko Shinohara, anjingnya sebelum ini masih aktif dan dapat makan dengan baik sehinggalah kesihatannya merosot beberapa hari lalu.
Katanya, Pusuke sejak Isnin lalu mula enggan makan dan menghadapi kesukaran untuk bernafas.
Anjing tua itu mati beberapa minit selepas Shinohara sampai ke rumah dari bersiar-siar.
” Saya rasa Pusuke menunggu saya pulang,” katanya.
Dilahirkan pada April 1985, anjing ini diiktiraf sebagai anjing tertua di dunia pada Disember lepas
Catat Ulasan