Abang Nara ingatkan artis Hollywood sahaja yang banyak kali “mati” di
Twitter. Nampaknya nasib yang sama turut menimpa artis Malaysia.
Terbaru, nama Remy Ishak telah masuk di dalam senarai trending Twitter
di Malaysia akibat penyebaran berita palsu kematiannya.
Abang Nara tak tahu siapa yang memulakan berita palsu ini, namun Remy
Ishak sebenarnya masih sihat walafiat. Kemungkinan besar berita palsu
ini bermula setelah Remy Ishak dimasukkan ke hospital baru-baru ini
akibat jangkitan kuman di paru-paru. Untuk makluman anda, Remy Ishak
telah pun keluar daripada hospital dan telah turut sama di dalam event
Harian Metro malam semalam di Johor Bahru.
Diharap semoga penyebaran berita palsu seumpama ini dapat dihentikan
dan tidak akan terjadi kepada artis-artis Malaysia yang lain.
Catat Ulasan