Abang Nara petik sedikit tulisan yang tersiar di artikel ini untuk tatapan anda semua:-
Melihat persembahan Maher dari segi kawalan vokal, penyanyi itu tidak ada masalah kerana dia mampu bertahan menyanyi dari pukul 9.20 malam hingga 11.20 malam.Oleh kerana tulisan yang jujur ini, seorang peminat Maher Zain di Malaysia telah meluahkan rasa kekecewaannya. Bagi Abang Nara, kalau kita sudah membayar harga yang agak tinggi untuk menghadiri konsert, pastinya kita mahukan yang terbaik. Jadi tak ada salahnya apa yang telah ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia ini kerana itu adalah pendapatnya.
Cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus.
Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari ‘nafas’ kerana penat.
Biar pun begitu, penonton yang terdiri daripada pelbagai usia kelihatan ceria kerana berpeluang mendendangkan lagu-lagu kesukaan mereka bersama penyanyi asal.
Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa.
Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik daripada pelbagai negara itu tidak ada kemuncak.
Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau penyanyi sahaja.
Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
Hanya pada lagu ke lima, Freedom, baharu Maher membuka bicara dengan ungkapan Assalamualaikum kepada penonton.
Melihat corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular
Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan kekecewaan peminat Maher Zain yang telah dikongsi menerusi Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club
Catat Ulasan