Info - 9 Tip Untuk First Date

Ni tip untuk lelaki supaya 1st date boleh bertahuan ke 2nd date. Perempuan akan menilai macam mana korang layan. Yup, Mungkin dah berMSG or berFB berbulan-bulan tp manakan sama. Bila menaip, boleh berfikir dan delete sblm post. Kalau cakap? Hah. Lajak perahu la kan...

Date-1

1. Bayar
- Jangan nak harapkan perempuan bayarkan walaupun perempuan tu offer nak bayar, jgn sesekali terima.
Kalau dia berkeras jugak, bagi. Nilai sendiri tahap kesungguhan dia nak bayar atau acah2 jer.. Selalunya, perempuan acah-acah jer. Nak tengok lelaki macam mana anda ni.

2. Lokasi
- Jangan tengok wayang on 1st date. Macam mana nak kenal hati budi kalau mengabiskan masa dalam panggung yang dah sah-sah tak boleh bercakap tu. Maybe dinner, lunch. Bawak ke restoran yang korang mampu bayar. Jangan sampai tercekik nak bayar dan kot ye nak brjimat jangan sampai makan sosej tepi jalan jer. Lebih baik ke restoran yang ambil order bukan layan diri (kfc,mcd-NO) Pizza Ok. Simple tapi tak mahal. Sederhana. (kalau tak ada duit juga, jgn berangan nak de gf. Haha)

3. Adab Sopan
- Kalau boleh, bukak kan pintu kereta. Jangan menyumpah seranah. Jangan buat-buat call kawan cerita hebat.. Seriusly, annoying.. dan, Jangan LAMBAT.

Istock 000002623099Xsmall

4. Hormat
- Maknanya, jgn harapkan apa-apa sebagai balasan! No ringan-ringan. Peluk ke apa ke.. Nak kne sepak? Sila la buat kalau nak..

5. Berkeyakinan
- Yakin dan tolong take charge sepanjang dating. Buat apa-apa keputusan. Tolong jangan asik tanya apa yang perempuan nak. Bila dah nmpak mulut perempuan tu comot, jangan tanya nak tisu ke tak? Ambil dan terus bagi.

6. Grooming
- Pakai pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai baju melayu siap sampin n songkok dating malam-malam pada hari RABU! Mandi, syampu, cukur janggut yang bersepah tu. Pakai kasual bukan selekeh.

7. Perbualan
- Jangan fokus pada diri anda je sepanjang dating. Tanya pasangan anda apa-apa mengenainya. Dengar jawapan dia, jangan mencelah. Jangan cerita pasal kerja anda lebih dari 5 minit dan jangan sesekali cerita pasal ex-gf atau orang lain yang tak ada kena mengena. Puji la pasangan anda tu sikit. jangan melampau2 sampai berpantun puisi pujangga. Anda akan nmpak ''desperate''. dan tolong jgn cerita besar mengenai diri anda atau keluarga anda atau kawan2 anda. BERLAGAK. Semua orang tak suka.

8. Pengurusan Masa
- Jangan sampai dating anda berlarutan terlampau lama. Lagi sikit borak, ada kemungkinan akan dapat 2nd date. Sebab, nak kenal lebih.

9. Hadiah
- It nice to give ur date a small gift on 1st date. Jangan terlampau over. Something simple. Bunga mayb. Earing ke. Tapi jangan la sampai nampak je barang tu dri mula date sampai nak balik baru bg. Tak suprise!

GOOD LUCK!

Catat Ulasan