KUALA LUMPUR: Penahanan seorang lelaki warga Republik Guinea, Afrika Barat, yang juga pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) berusia 25 tahun di sebuah bank di Taman Sri Gombak, dekat sini, membawa kepada penemuan 1,620 keping not AS$100 dan 700 keping mata wang Euro palsu bernilai kira-kira RM810,380 pada 13 Oktober lalu.
Serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, jam 1 tengah hari, selepas melakukan intipan selama seminggu.
Polis mendapat maklumat suspek dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas pelajar disyaki terbabit beberapa kes penipuan Internet di Labuan, Sabah.
Menurut sumber, ketika ditahan, suspek sedang menunggu giliran di ruang menunggu bank, dipercayai mahu mengeluarkan wang.
“Suspek kemudian dibawa ke bilik penginapannya di kampus. Hasil pemeriksaan di dalam biliknya menemui 1,620 keping not AS$100 dan 700 keping mata wang Euro yang disimpan dalam peti besi miliknya.
Harian Metro
Catat Ulasan