BANGKOK – Thailand meningkatkan pertahanan di lapangan terbang utamanya di sini dan beberapa kawasan lain bagi melindungi 12 juta penduduk di Bangkok daripada berdepan masalah banjir.
Dinding-dinding perlindungan banjir dinaikkan sehingga 3.5 meter di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kata Pemangku Pengarah Lapangan Terbang Thailand, Somchai Sawasdipol.
Beliau berkata, lapangan terbang itu akan terus beroperasi seperti biasa.
“Saya yakin (akan dapat menghalang banjir di lapangan terbang itu) tetapi kami tidak akan cuai,” katanya.
Menurutnya, lapangan terbang itu mempunyai dua stesen pam air utama dan sebuah pasukan pemantau selama 24 jam.
Sekurang-kurangnya 269 orang mati dalam banjir yang berlaku di Thailand sejak dua bulan lalu. – AFP
Catat Ulasan