Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan Untuk Kekal Positif Selepas Tunangnya Membatalkan Perkahwinan Mereka...



Batalkan perkahwinan dalam masa beberapa hari sebelum majlis berlangsung? Bakal pengantin mana yang tak sedih jika perkara itu terjadi kepada mereka dan tak semua orang boleh mengatasi kesedihan itu dengan perkara yang positif.

Oktober tahun lalu, Shelby Swink, 23 telah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintai selama tiga tahun.

“Saya lakukan persediaan perkahwinan dengan sepenuh hati sebab nak jadikan ia hari terbaik bagi kami. Ia akan menjadi sambutan sempena kasih sayang dan komitmen kami.” Kata Shelby.

Tetapi lima hari sebelum majlis, tunang Shelby memberitahu yang dia tidak mencintai Shelby dan tidak mahu mengahwininya atau habiskan seluruh hidupnya bersama Shelby. Impian Shelby musnah sekelip mata.

Dalam masa lima hari untuk batalkan catering, telefon tetamu dan fikir hidupnya selepas ini. Selepas itu, jurugambar perkahwinan Shelby mencadangkan mereka mengadakan sesi fotografi untuk jadikan kesedihan Shelby kepada sesuatu yang positif iaitu dengan merosakkan baju pengantin dengan bermain warna.

Semua orang yang disayangi termasuk ibu bapa dan juga bridesmaids ada untuk sesi fotografi tersebut.

“Saya tak akan biarkan bekas tunang mengambil semua kebahagiaan saya. Saya seorang wanita yang kuat dan saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita semua akan mengalami kesusahan dalam hidup, tetapi apa yang lebih bermakna bagaimana kita menghadapai situasi itu. Saya tak akan biarkan tragedi seperti ini mematahkan semangat saya untuk terus hidup.”



Sumber: Brightside

Catat Ulasan