TOP 5 blogger di Malaysia November 2011

Blog terkenal di Malaysia sememangnye dimiliki blogger2 terkenal. Aku nak jelaskan bahawa penilaian yang aku gunakan untuk meletakkan sesebuah di Top 5 blog paling terkenal di Malaysia berdasarkan Alexa Trafic Rank sepenuhnya dari Alexa.com dan owner blog ini aku percaya orang Malaysia. Untuk Edisi November 2011, aku lihat ade perubahan besar dalam kedudukan blog2 di Malaysia.

Kenapa aku gunakan Alexa.com, kerana Alexa.com adalah penyedia ranking website terbaik di dunia yang diiktiraf oleh Google.com dengan mengambil kira ranking Alexa.com untuk SERP. Ok, aku akan teruskan dengan senarai Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi November 2011.

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi November 2011


Nombor 5: malaysia-today.net
Kedudukan Alexa.com berdasarkan semua website di dunia yang dicari oleh rakyat Malaysia = 121
Pagerank = 5 | Fokus: Politik Malaysia

Nombor 4: ohbulan.com
Kedudukan Alexa.com berdasarkan semua website di dunia yang dicari oleh rakyat Malaysia = 108
Pagerank = 4 | Fokus: Gosip Bodoh


Nombor 3: denaihati.com
Kedudukan Alexa.com berdasarkan semua website di dunia yang dicari oleh rakyat Malaysia = 105
Pagerank = 4 | Fokus: Blogger dan kehidupan

Nombor 2: blogserius.blogspot.com
Kedudukan Alexa.com berdasarkan semua website di dunia yang dicari oleh rakyat Malaysia = 86
Pagerank = 3 | Fokus: Informasi Menarik Sentiasa


Nombor 1: beautifulnara.com
Kedudukan Alexa.com berdasarkan semua website di dunia yang dicari oleh rakyat Malaysia = 63
Pagerank = 3 | Fokus: Gosip bangang rakyat malaysia suka. 


kredit to http://top5anything.blogspot.com

3 Tip Luangkan Masa dan Melayan Kerenah Anak

clock-baby
Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.
Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun.
(Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena)
Mama : Errr.. err?? :P
Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawaban
Pilihan Pertama
Mama : Daneil.. mama tengah sibuk ni.. gi tengok tv tu.. jangan kacau mama buat kerja.
Daniel : Emmm.. (maka berlalulah si anak ke ruang tamu)

Pilihan Kedua
Mama : Adik datang dari perut mama lah sayang. Kan hari tu perut mama besar.
Sekarang adik dah keluar. Abang pun dalam perut mama dulu.
Daniel : Ooo..Tapi kenapa dalam perut?
Mama : Sebab mama sayangkan abang dengan adiklah. Masa tu kecil sangat belum kuat lagi. Bila dah besar, dah kuat, baru boleh keluar.
Mama : Macam kucing kat rumah atuk tu.. kan perut dia besar. Pastu keluar anak-anak dia.
Anak : Ooo macam tu…
Melayan kerenah dan soalan anak kita memang memerlukan kesabaran dan kebijaksaaan. Jawaban pertama sangatlah kurang bernas. Ia merencatkan sifat daya berfikir anak-anak dan mengurangkan WIBAWA anda sebagai ibubapa dan guru pertama bagi mereka.
Mengikut fitrahnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Biasanya di usia 4 tahun ke atas minda logik mereka mula bercambah. Maka, masa ketika inilah mereka melontarkan soalan yang kita pun tak pernah terfikir. Boleh jadi berpeluh juga nak menjawabnya, kalau tak betul gaya.
Iyalah, nak cerita secara terperinci tak boleh pula, kerana usianya yang kecil. Nak biarkan sahaja soalan tu, lagi tak boleh dan malah sangat tidak sihat bagi perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, sebagai ibubapa yang prihatin wajar kita mengambil perhatian yang lebih tentang ‘kecelaruan’ anak-anak dengan memahami tahap kebolehan mereka berfikir.
Bagaimana perlu melayan dan meluang masa untuk mereka?
Mungkin tip-tip di bawah ini mungkin boleh para pembaca sekalian :
1) Jadilah guru pertama kepada anak anda
Jawablah soalan yang ditanyakan oleh si manja anda secara berhemah. Terangkan seringkas yang mungkin yang boleh difahami oleh mereka agar mereka akan berasa percaya dengan jawaban anda mengikut kefahaman mereka. Dengan cara ini anda dapat wujudkan ‘Trust-bonding’ atau hubungan saling percaya dengan mereka. Mereka akan berasa andalah ibubapa yang berwibawa. :)

2) Anak-anak bukanlah orang dewasa yang kecil (Not your tiny adults)
Banyak masalah timbul apabila kita gagal untuk menyedari perbezaan antara anak yang berumur 3 tahun dan yang berumur 11 tahun. Kebiasaannya, kita akan membawa semua anak-anak menonton cerita yang SAMA di Televisyen ataupun panggung wayang untuk berlaku adil. Hakikatnya adalah tidak, bagi si kecil anda. Mereka masih tidak cukup matang untuk memahami segala apa maklumat berbanding kakak dan abang mereka. Ianya umpama kita cuba untuk mempercepatkan atau ‘speed up’tumbesaran minda dan emosi mereka.
3) Memahami tahap kebolehan mereka berfikir
Cuba bayangkan, jika kita menyuruh anak yang berumur 2 tahun untuk masuk tidur apabila sudah lewat malam. Walaupun mereka akan ikut arahan si ibu untuk bangun dan masuk ke biliknya, tapi cuba kita buat pemeriksaan ataupun ‘spot check’ di biliknya, pastinya si manja anda akan bermain daripada tidur! Itulah dunia mereka, suka bermain dan itu sahaja yang membuatkan mereka selesa. Ini kerana, mereka kekurangan nilai pemikiran yang wajar (rasional) ataupun ‘Operational Rational Thinking’ di usia ini. Jadi, janganlah marahkan mereka jika tidak melakukan apa yang anda suruh.
Sebagai ibu bapa kita harus mewarnai dan menghargai waktu-waktu kecil si manja anda. Luangkanlah masa anda dengan menjawab segala apa persoalan mereka walaupun anda sangat penat untuk melayan. Jangan biarkan waktu kecilnya berlalu begitu sahaja, kerana pastinya ianya tak akan berulang kembali. Anggaplah mereka adalah imbasan masa kecil anda dan sebahagian masa lampau anda.
Oklah sampai di sini sahaja. InsyaAllah ada umur kita jumpa lagi di lain masa. Sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan paparan video keseronokan kanak-kanak di kelas playgroup. Semoga anda terhibur dengan lagu dan keceriaan anak-anak ini. :)



.Excel Qhalif juga berbesar hati ingin menjemput anda dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Islamic ALIMkids Playgroup yang di adakan hampir setiap hujung minggu. Setakat ini hanya tinggal 2 tarikh sahaja lagi untuk pendaftaran percuma ini. Setiap kelas kami hanya terhadkan 15 orang sahaja. Rebutlah peluang dan alamilah sendiri kehangatan playgroup ini. Ibubapa dan si manja yang berusia dari 2 tahun ke 4 tahun dijemput hadir. Klik link di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan berdaftar secara online. http://excelqhalif.com/prebiu-percuma-alimkids-playgroup/



Serius Sadis - Panggilan Terakhir Sebelum Kematian

Kisah tragis 4 mangsa kemalangan maut
Video dibawah ialah rakaman suara Officer Mark Saylor , seorang pegawai Polis Lebuhraya California (Cali Highway Police). Pada Ogos lalu, beliau sedang memandu sebuah Toyota Lexus bersama isteri, anak perempuan dan adik lelaki iparnya diatas sebuah lebuh raya. Tiba-tiba padel minyak Lexus tersebut tersekat dan mereka tidak dapat memberhentikan kenderaan. Lexus tersebut kemudian memecut melebihi 120 batu sejam (193 kmh). Mark Saylor kemudian menelefon talian 911 untuk mendapatkan bantuan. Dalam rakaman audio dibawah kita boleh mendengar saat-saat akhir sebelum keempat-empat penumpang kenderaan maut! Sungguh chilling sekali. Boleh dengar impak Lexus merodok kereta lain sebelum berpusing beberapa kali dan terbakar.


Selepas kemalangan ini Toyota menarik semula 3.4 juta model kereta buatan mereka yang disyaki mempunyai masalh pedal minyak yang mudah tersekat. I think most of you heard about thisPHAILURE by Toyota. Akibat kematian Mark Saylor (45), Cleofe Saylor(45) , Mahala Saylor (13) dan Chris Lastrella (38) , Toyota membayar ganti rugi sebanyak USD 10 juta kepada waris mangsa. Crazy eh?


So sebelum kita kutuk Proton pasal power window gagal, ingatlah yang at least korang tak akan mati bodoh pasal pedal minyak tersekat!

Laporan asal Jalopnik

Kemalangan-Kemalangan Besar!!!!

Saksikan................





Page 1 Page 2