Niat Suami Bergurau Dengan Rakan Cerai Isteri Talak Tiga & Akhirnya.. Kesian Si Isteri Ni!


Perhatian kepada pasangan di luar sana yang berkahwin.. Moga kisah ni dijadikan dan panduan di luar sana. Kisah ni diceritakan oleh Abdul Razak Bin Nordin di laman Facebook.

Ia mengisahkan seorang suami yang niat hanya ingin bergurau melafazkan talak ke atas isterinya tapi akhirnya jadi perkara yang sangat serious. Ingat bab cerai ni boleh bawak bergurau ke?? Aduhaiii.. Kesian si isteri ni..

Seorang perempuan menangis balik dari mahkamah

Tadi datang seorang wanita muda lingkuangan 30an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik mahkamah rendah syariah. Wanita tu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba dengar dengan jelas. Dia mulakan bicara, boleh tak kalau dia dan suami merujuk kembali. Aku bertanya, puan bercerai talak berapa?

Cerai talak tiga!!

Dengan teresak-esak dia kata, talak tiga. Allah! Kawan dia tenangkan dia. Seorang staff wanita Pejabat Agama Islam menerangkan, puan dan suami tak boleh merujuk kembali sebab puan bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama. Wanita muda tu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi aku pun dengar masalah dia.

Niat ingin bergurau saja..

Katanya, suaminya tak melafazkan talak tiga depan dia. Aku pun bertanya balik, jadi mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga? Macam ni, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia, aku dah ceraikan dah isteri aku dengan talak tiga. Balik tu suami ceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya.

‘Aku benci dengan lelaki suka bermain dengan talak’

Aku hanya bercakap, puan banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InsyaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InsyaAllah.. Secara jujur aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah.

Sumber: Facebook Abdul Razak Bin Nordin

Catat Ulasan