Pemuda Digelar Raja Haiwan Berbisa...

Antara binatang yang dimasukkan ke dalam mulutnya ialah ular, kala jengking, labah-labah dan pelbagai binatang eksotik yang lain. Tak caye, meh tengok kat sini...





Kita biasa mendengar cerita Raja Ular tetapi tahukah anda di China ada seorang pemuda berusia 33 tahun sanggup memasukkan pelbagai binatang berbisa ke dalam mulut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.

Bunyinya agak ngeri bukan? Namun itulah, yang dilakukan pemuda bernama Tian Jiashi ini apabila telah memasukkan pelbagai jenis haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan pelbagai binatang eksotik yang lain.

Aksi ganas dan pelik tersebut ternyata berbaloi apabila dia telah mempunyai peminat yang tersendiri selain menjadikan perkara tersebut sebagai acara sampingan untuk mendapatkan wang. Bukan itu saja, masyarakat di China turut percaya pemuda ini mempunyai “hubungan” dengan pelbagai jenis binatang berbisa itu.

Untuk makluman, Tian turut tidak terlepas daripada mengalami kecederaan. Sejak terlibat dengan dunia haiwan berbisa, dia sendiri telah digigit dan diracun lebih beratus kali serta mukanya pernah bengkak apabila lidahnya telah disengat labah-labah. Pelik kan? Kejadian tersebut turut tidak menghalang Tian daripada meneruskan aktiviti kegemarannya itu.Tengok video kat bawah ini.

Catat Ulasan