Angelina Jolie dan Brad Pit Tambah Anak


NAMPAKNYA, pasangan popular Angelina Jolie dan Brad Pitt masih lagi meneruskan mengambil anak angkat walaupun telah memiliki tiga orang anak angkat iaitu Maddox (9) dari Kamboja, Pax (7) dari Vietnam, Zahara (6) dari Ethiopia.
Menurut sebuah laman portal ShowbizSpy, Jolie akan mengambil seorang lagi anak angkat dari negara kelahiran Zahara.
“Mereka sangat gembira dengan perancangan itu. Pasangan itu telah berjanji kepada Zahara beberapa tahun lalu untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan sebagai peneman,” kata sebuah sumber kepada ShowbizSpy.
Pengambil anak angkat yang dirancang mungkin boleh dikaitkan mengenai kepercayaan yang dipegang oleh pasangan ini dimana mereka percaya kebahagiaan sesebuah keluarga akan datang jika memiliki seramai tujuh orang anak.
Brad juga pernah mengakui bahawa dia ingin mempunyai sebuah keluarga yang besar dan gemar melihat suasana riuh rendah yang ditimbulkan anak-anak.
Selain Maddox, Pax dan Zahara pasangan itu juga mempunyai tiga anak kandung iaitu Shiloh (5) yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (2 tahun) pula lahir di Perancis.
sumber: mstar.com.my

Catat Ulasan