METRO 30 NOV - Nelayan setuju harga ketam selepas 12 hari berbalah

SEORANG chef memegang seekor ketam di restorannya di Half Moon Bay, California kelmarin.
HALF MOON BAY, Amerika Syarikat (AS) – Selepas 12 hari berbalah mengenai harga ketam, para nelayan dan pihak pemprosesan makanan laut mencapai persetujuan mengenai harga haiwan marin itu kelmarin di sini, California.
Persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak itu ialah ketam tersebut akan dijual oleh nelayan pada harga AS$2.25 (RM7.16) bagi setiap 0.45 kilogram.
Perbalahan mengenai harga itu menyebabkan ketam tersebut tidak dihidangkan dalam kebanyakan majlis makan malam sempena Hari Kesyukuran baru-baru ini kerana ia tidak dijual. – Agensi

Catat Ulasan