Rihanna Ada Senjata Rahsia Ditubuhnya


Bintang irama R & B, Rihanna mendedahkan bahawa dia memiliki senjata rahsia yang disembunyikan pada tubuhnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu berkata, dia memiliki beberapa tatu pistol yang dilukis di rusuknya minggu ini oleh seorang pelukis tatu terkenal, BangBang.Pada mulanya, Rihanna mahu tatu itu dilakar pada lengannya supaya jelas kelihatan, namun, dia akhirnya menukar fikiran kerana bimbang melanggar syarat kontrak dengan jenama alat solek, Cover Girl.”Saya benar-benar mahu meletakkan tatu itu di lengan dan dia menyukainya.
Namun, pihak pengurusan Cover Girl tentu tidak suka perkara seperti itu berlaku dan mereka ialah periuk nasinya,” kata BangBang di satu laman web.Penyanyi itu meluangkan masa beberapa hari lepas untuk mencari sebuah rumah di kawasan mewah Hollywood Hills dan dia turut dilihat keluar berseronok di sini.
kredit - Oh! Syok

Catat Ulasan