Kegiatan Pelacuran Untuk Jemaah Haji Di Mekah

Gambar sebagai hiasan
WarkahDaily – Apa sudah jadi, memang dunia sudah ‘tua’. Kota Mekah antara tanah haram yang menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan umrah dan haji saban tahun. Kota suci umat Islam itu sentiasa dipenuhi oleh manusia yang menyahut seruan Maha Penciptanya, Allah Rabbu Al-Jalil. Namun, ada manusia kotor yang sanggup mengotori kota suci umat Islam itu dengan kegiatan tidak bermoral demi sedikit keuntungan dunia yang sementara.

Kelmarin, dilaporkan sebuah media Arab, satu kegiatan pelacuran yang cuba ditawarkan 11 warga asing di Distrik, Al-Khansa, Mekah ketika tiba musim haji dan umrah. Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan (PIC) Arab Saudi menyoal siasat 11 warga asing berkenaan kerana disyaki menjalani perniagaan pelacuran di sebuah rumah untuk jemaah haji dan umrah di daerah Al-Khansa.

“Mereka diserbu pihak berkuasa selepas diintip polis selama beberapa kali,” kata seorang jurucakap polis.
Mereka yang ditahan terdiri 6 lelaki warga Bangladesh dan lima wanita warga Indonesia. Menurut polis, pengawal keselamatan bangunan itu turut menjadi kaki geng itu dengan mengenakan bayaran sebanyak SR200 (RM166.70) kepada pelanggan. Menurut Jurucakap polis, Letnan Kolonel Zaki Al-Rihaili berkata, mereka yang ditahan itu akan dihantar ke Balai Polis Al-Maabdah sebelum mereka diserahkan ke PIC untuk disoal siasat dengan lebih lanjut dan didakwa di muka pengadilan.

Dipetik dari Arab News, satu laporan pada 15 Januari 2008 menyebut, ramai wanita Ghana terlibat dengan kegiatan pelacuran di Arab Saudi tanpa mempeduli hukuman berat yang dilaksanakan di negara berkenaan.
Mereka datang ke Mekah bukan mahu menjalankan ibadah, namun mahu menjadi pelacur.

Sumber

Catat Ulasan