10 TABIAT BURUK RAKYAT MALAYSIA ..ANDA MUNGKIN TERGOLONG SAMA !

Untuk info, Rakyat Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest.

Memetik sumber yang dikongsikan di sebuah blog, berikut dapat kami senaraikan antara sikap dan perangai negatif rakyat Malaysia yang seringkali terjadi dikalangan masayarakat negara ini.

1. Memandu secara melulu & membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat kanan/kiri dan membunyikan hon dengan sewenang-wenangnya hanya kerana ini cepat sampai ke destinasi.

2. Tidak mematuhi papan tanda – Makan di dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah di merata-rata, serta meletakkkan kereta di zon larangan letak kereta.

3. Merampas tempat letak kereta yang telah ditunggu oleh pemandu kereta yang lain dan parkir di tempat khas untuk golongan OKU.






4. Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung dan orang tua dalam pengangkutan awam.

5. Tidak membenarkan atau memberi laluan keluar kepada penumpang pengangkutan awam sebelum masuk.

6. Bercakap dengan suara yang kuat di telefon bimbit di tempat awam seperti di pawagam.

7. Tidak menahan pintu terbuka atau pintu lif untuk orang yang masuk selepas mereka.

8. Tidak mengucapkan ‘Terima Kasih’ apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk anda.

9. Tabiat buruk seperti meninggalkan troli pasaraya di tempat letak kereta, mencangkung di tandas duduk / mengotorkan tandas awam.

10. Kerap lewat

Catat Ulasan