GEMPAR [Video] Makhluk Kecil Mirip Manusia Ditemui



AUSTRALIA – Sebuah Video Youtube memaparkan seekor makhluk kecil yang bentuknya mirip kaki tangan dan kepala seperti manusia telah ditemui .Apa yang bezanya adalah kulit dan mata yang terbeliak ngeri .

Video ini dimuat naik dari akaun bernama Stewart H di Youtube pada 5 Oktober 2012 lalu.Namun sehinggakan Sabtu (3/1/2015) lebih dari 340 ribu kali sudah menontonya

Sebuah video yang telah lama dimuat naik namun hingga saat ini masih misteri. Dalam video tersebut makhluk itu nampak kecil dan saiznya kira-kira sebesar tapak tangan manusia sahaja .

Makhluk tersebut dipercayai terdampar di pantai dengan kulit berwarna hijau dengan mata menonjol keluar. Kaki tangannya berselaput seperti kulit katak

Ketika saat dirakam, makhluk tersebut masih hidup. Tubuhnya naik turun seperti orang bernafas dan kepala sempat terdongak, namun tidak lama kemudian kepalanya kembali jatuh dan diam tak bergerak. Menurut pemunya Akaun (Stewart) , makhluk ini dijumpai di Australia di sebuah pantai terpencil di North QLD.

Menurut ceritanya ia mungkin sejenis ikan duyung makhluk misteri yang hidup di laut. Sejak penemuan ini kawasan itu telah kerahsiakan untuk melindungi dan mempelajari spesies yang belum diketahui ini.

Walaubagaimanapun pelbagai komen berbeza-beza datang ada berkata ia adalah photoshop/digital namun ada juga yang percaya perkara ini benar-benar ada. Video tersebut memang kelihatan nyata sahih dan tidak ada seolah di edit atau ubahsuai.

Berdasar dari sudut pengambilan gambar dan cara merakam yang tak stabil ia menunjukkan bahawa gambar ini dirakam secara spontan. Meskipun demikian hal ini masih misteri, menurut anda bagaimana?


Catat Ulasan