GEMPAR! GADIS DITAHAN NIKAH MENERUSI "SKYPE" DENGAN ANGGOTA MILITAN (IS)




Kuala Lumpur: Dua suspek termasuk seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor selepas dipercayai merancang untuk menyertai Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit yang juga bekas penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Lembah Klang ditahan pada 24 Disember lalu kerana terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS selepas menonton video propaganda kumpulan itu di Youtube.

"Hasil siasatan dan risikan mendapati suspek turut berinteraksi dengan anggota kumpulan IS melalui Facebook yang dikenali wanita itu sejak pertengahan November lalu. Suspek turut berkahwin dengan lelaki berkenaan yang juga warga Maghribi pada pertengahan Disember lalu menerusi talian Skype," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Sementara itu, dalam tangkapan kedua seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan pada 28 Disember lalu selepas disyaki merancang ke Syria dan terbabit dalam serangan bunuh diri di negara itu.

Khalid berkata, kedua-dua suspek yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA- Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Catat Ulasan