Sebuah kereta sport yang meluncur lajur mara ke arahnya, namun lelaki berani ini tidak sedikit pun merasa khuatir atau takut. Dengan tenangnya lelaki berusia 31 tahun ini berlari dan melompat dari kereta yang tengah meluncur dengan kelajuan 100 km/jam tersebut.
Issa Alassan Gobitaca kini telah menjadi popular di YouTube selepas video yang merakamkan aksi stunt beliau melompat dari kereta sport yang tengah bergerak laju seperti kereta Lamborghini dan Mercedes di negaranya Sweden dan Amerika Syarikat.“Semua ini bermula tahun lalu apabila rakan saya meminta saya untuk melompat di atas keretanya,” tutur Stuntman yang digelar ‘Al the Jumper’ ini.“Tapi saya tak anggap ia sebagai cabaran semasa kereta tersebut tidak bergerak, jadi saya meminta dia untuk memandu kereta ke arah saya agar saya boleh melompat ke atasnya.
Catat Ulasan