Anjing Ini Dijatuhkan Hukuman Rejam Sampai Mati Oleh Mahkamah Yahudi

article 1308415095884 0048CB7100000258 454765 636x300 Mahkamah Yahudi Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Anjing Dengan Batu
Jerusalem – Mahkamah agama Yahudi memutuskan untuk menghukum mati seekor anjing dengan merejam menggunakan batu. Menurut mereka, anjing tersebut membawa sial kerana ia jelmaan seorang peguam yang pernah menghina mahkamah pada 20 tahun lalu.
Anjing ini sebenarnya dikatakan telah datang ke Gereja Pengadilan Agama di sebuah daerah Yahudi ortodoks Mea Shearim di Jerusalem. Kemunculan anjing itu telah menakutkan para hakim dan penduduk tempatan. Walau telah berusaha mengusir anjing tersebut, tetapi anjing itu tetap berdegil untuk keluar dan salah seorang hakim tiba-tiba berpendapat bahawa anjing itu adalah jelmaan seorang peguam yang telah menghina hakim agama tempatan dua dekad lalu.
Bagi penganut agama Yahudi tradisional, anjing dianggap sebagai haiwan yang kotor dan patut dijauhi.Mereka juga percaya bahawa roh manusia yang telah mati boleh menjelma dan wujud di dalam badan yang lain.
Kes ini telah mengundang kecaman hebat termasuk persatuan pencinta haiwan “Let the Animal Live” telah membuat laporan kepada pihak polis Jerusalem berkenaan hukuman tersebut.
Namun begitu, anjing tersebut terselamat daripada hukum mati tersebut dan dibiarkan kembali bebas seperti biasa.
(Gambar anjing di atas adalah bukan anjing sebenar)
Sumber: ynet news 

Catat Ulasan