Beckham Tambah Tatu di Kemaluan


LOS ANGELES: Dengan memiliki ‘30 atau 31’ tatu, bintang bola sepak, David Beckham bukan lagi asing dalam hal lukisan badan, tetapi beliau kini memikirkan melakukannya di tempat lebih sulit.

Beckham memberitahu kepada pengacara bual bicara televisyen, Craig Ferguson bahawa dia bercadang membuat tatu di kemaluannya dan bersetuju dengan gurauan Ferguson supaya mereka membuat tatu itu bersama.“Bunyinya menarik,” kata Beckham walaupun isterinya, Victoria tidak bersetuju.

“Setiap kali saya mempunyai satu lagi tatu dia tidak menyukainya. Bukan lagi satu,” kata Beckham memetik Victoria sambil mengakui itu tidak menghalang beliau merancang menambah koleksi tatunya.

Beckham berkata, beliau akan membenarkan anak lelakinya, Brooklyn, 12; Romeo, 8, dan Cruz, 6, untuk bertatu sebaik saja mereka dewasa, tetapi tidak bagi anak perempuannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya secara peribadi sukakan apa yang ada milik saya ini, tetapi tidak pasti adakah semuanya akan kelihatan hebat bila saya berusia 75 tahun,” kata Beckham.

Catat Ulasan