Benarkah Baju Nabi Adam As Setinggi 29 Meter?

Baju tersebut hanyalah sebuah replika yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk (saiz) Nabi Adam as. Tempoh menjahitnya selama 18 hari. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter. Apakah benar tinggi dan besarnya Nabi Adam sedemikian? Wallahualam. Aku tak boleh nak cakap ya atau tidak, kita semua tidak tahu.
SOALAN : BENARKAH NABI ADAM AS SETINGGI LANGIT ?

JAWAPAN :

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan bersama kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah bersama kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka masa 100 tahun, belum cukup baginya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Faktanya disini, Nabi Adam as tinggal di syurga sebelum baginda dicampakkan ke bumi. Jadi berdasarkan hadith-hadith di atas sahaja, kita sudah tahu jawapan berkenaan saiz Nabi Adam as.

Catat Ulasan