Blogger Indonesia Disaman Facebook Kerana Hasilkan Tema Sama Dengan Facebook



JAKARTA, Aduhai Media – Bloger Indonesia yang menghadapi tuduhan pelanggaran hak cipta dengan Facebook iaitu Ainun Nazieb mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Facebook yang sebelum ini telah menyaman Nazieb sebanyak Rp2 bilion atau lebih kurang RM700 ribu atas kesalahan tersebut.

Nazieb menjelaskan beberapa perkara yang dituntut oleh pihak facebook terhadap dirinya terutama berkaitan dengan penggunaan tema blog yang mirip dengan facebook tersebut. Dalam surat tuntutan facebook adalah antaranya 3 tuntutan yang dikenakan terhadap Nazieb. Salah satunya menuntut hukuman maksimum sebanyak Rp2 bilion kepada Nazieb.

“Sebenarnya kini belum ada lagi usaha pendakwaan secara langsung dari pihak Facebook, tapi kuasa undang-undang (wakil) facebook yang beralamat di Jakarta, meminta saya untuk berjumpa dengan mereka kerana didakwa melanggar hak cipta,” jelasnya

“Secara keseluruhan dari tuntutan yang saya baca, terdapat 3 tuntutan utama, 2 jenayah dan 1 sivil, di mana salah satu tuntutan mengandungi hukuman maksimum denda sebanyak Rp2 bilion,” katanya.

Nazieb menyatakan tidak menyangka akan mendapat surat panggilan oleh facebook berkaitan dengan kegemarannya untuk menghasilkan theme blog yang menyerupai facebook yang dinamakan “Smells Like Facebook” sehingga tidak terfikir akan mendapat saman tersebut.

Kini Nazieb masih berunding pihak berkuasa mengenai masalah yang sedang dihadapinya. Namun dia beruntung kerana mempunyai kenalan yang baik yang turut membantunya menyediakan peguam untuk menghadapi masalah tersebut.
Theme tersebut boleh dimuat turun di sini

Catat Ulasan