Buat Duit Dengan Blog

Tidak dinafikan bahawa keinginan sesetengah blogger adalah mahu buat duit dengan blog. Tetapi ianya tidak mustahil dapat dilakukan jika kena dengan caranya, namun buat duit online dengan blog tidak menjanjikan korang menjadi kaya raya. Cukuplah sekadar menjana pendapatan sampingan melalui blog dalam jangka masa yang panjang. Jika buat blog semata-semata untuk cari duit dan inginkan duit segera, blog bukanlah tempatnya. Seeloknya korang perlu mengetahui tip blogging terbaik supaya dapat memantapkan blog tersebut dahulu.
Sebagai permulaan, aku ingin kongsikan pengalaman cari duit online melalui blog. Jika di lihat, apalah yang ada pada blog ini sehingga dapat menghasilkan sedikit duit. Namun, aku ada beberapa lagi niche blog berbahasa English yang berpotensi untuk buat duit online. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana cara buat duit online dengan blog. Niat di hati bukanlah untuk menunjuk, jauh sekali untuk berbangga, malah jauh sekali untuk menunjuk pandai, cuma niat di hati hanya ingin berkongsi pengalaman.
buat duit dengan blog

Bagaiman Buat Duit Dengan Blog?

Banyak faktor yang main peranan samaada korang boleh buat duit online melalui blog ataupun tidak, cepat ataupun lambat. Setiap satu faktor yang akan di kongsi nanti boleh menghasilkan duit dengan caranya yang tersendiri. Berikut ialah faktor-faktor yang boleh di ambil kira hasil dari pemerhatian dan pengalaman aku selama ini:

Niche/Topik Serta Permintaan

Niche dan permintaan adalah dua benda yang berkait rapat serta saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap niche sudah pasti akan ada pasaran permintaannya. Contoh niche yang paling mudah ialah berkenaan denganblogging, pasaran permintaan blogging cukup meluas. Bila ada permintaan, di situ akan terhasilnya pendapatan. Bagaimana caranya, korang cuba fikirkan.

Trafik Ataupun Pelawat

Trafik ibarat nyawa kepada blog dan semangat buat blogger untuk meneruskan blogging. Trafik yang tinggi dan berkualiti akan menarik minat pengiklanan untuk meletakkan iklan di blog korang. Dengan itu korang boleh buka pakej pengiklanan ataupun boleh pilih untuk mendaftar samaada nuffnang, advertlets, innity, dan mangga ads.

Google PageRank

Blog yang mempunyai Google PageRank dapat menghasilkan duit melaluinya. Semakin tinggi Google Pagerank, semakin mahal bayaran yang akan di bayar oleh pengiklan. Biasanya niche blog bahasa English yang mempunyai Pagerank lebih meluas pasarannya untuk mendapatkan pengiklan. Namum blog bahasa melayu juga tidak mustahil. Untuk buat duit dengan Pagerank, korang boleh cuba mendaftar dengan BuyBlogReviewsLinkWorth, dan IntelliLinks. Oh ya, korang perlu ada akaun Paypal supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan.

Bukti Buat Duit Dengan Blog

Menulis dan berkongsi idea sahaja tidak berguna tanpa menunjukan bukti. Semua orang boleh berkata-kata, tapi untuk membuktikannya belum tentu boleh. Jadi sekali lagi bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma aku ingin buktikan apa yang telah di sampaikan.

Nuffnang Payment

nuffnang payment
Walaupun Tak Banyak, Walaupun Lambat, Tapi Masih Berhasil.

BuyBlogReviews Payment

buyblogreviews payment pertama
Hasil dari satu sponsored post
buyblogreviews payment kedua
Hasil dari dua sponsored post
buyblogreviews payment ketiga
Hasil dari satu sponsored post. Untuk dapat jobs dari BuyBlogReviews, niche dan kualiti blog amat memainkan peranan. Ada jobs, adalah hasilnya.

LinkWorth Payment

linkworth payment may 2011
May 2011. Hasil dari sponsored post dan text links ads.
linkworth payment june & july 2011
June & July 2011. Hasil dari text links ads. Nilai pendapatan sama. Ada rezeki, dapat lagi payment untuk August 2011 dengan nilai yang sama.

IntelliLinks Payment

intelliLinks payment april may june 2011
Hasil setiap bulan dari text link ads untuk blog ini. Bayaran telahpun dibuat pada April 2011 dan May 2011 dengan nilai yang sama pada setiap bulan.
Itulah sahaja bukti pendapatan hasil dari buat duit dengan blog. Walaupun tidaklah banyak, tapi sudah cukup untuk membayar sewa hosting dan domain. Perlu di ingat, hasil yang aku dapat itu tidak akan datang bergolek jika tanpa usaha. Hasil tersebut bukan buat (berblog) terus dapat. Aku sendiripun ambil masa bertahun untuk mendapat hasil sebegitu. Sekian…
p/s: Lupa nak watermark setiap gambar. :(
kredit to http://www.azuanrazi.com ..........dan admin sehingga kini mendaki pelan2 tuk capai mende nih!!!ayuh!!..hahaha

1 comments:

omg... betul ke dapat duit dollar ??? jeles kita .. kita dapat sen2 jer .. setiap web tu nak register kena bayo x ??

https://www.facebook.com/papa.mamarazzi78

Reply

Catat Ulasan