Cemburu Buta Terlampau! Suami Beri Ubat Kuat Supaya Isteri Jadi GEMUK

Kerana sentiasa merasa cemburu, seorang suami secara diam-diam memasukkan steroid ke makanan isterinya supaya menjadi gemuk agar isterinya hanya tinggal di rumah dan menjaga anak-anak mereka.
Dalwara Singh (41 tahun) memasukkan anabolik steroid dengan dos yang tinggi ke dalam makanan dan minuman yang akan diambil isterinya Jaspreet Singh Gill (37 tahun). Ubat tersebut kini membuat ibu dua anak itu mengalami pertumbuhan rambut berlebih di wajah dan punggungnya.
Tindakan berbahaya Singh itu akhirnya diketahui setelah anak perempuannya mendengar Singh menggunakan pengolek untuk mengisar ubat dan isterinya menemui ubat di dalam almari.
Dia mengakui memberi ubat yang tergolong racun itu boleh membahayakan, membuat isterinya terluka dan yang jelas menyinggung perasaan. Tapi perasaan cemburu yang terlalu menebal telah mengalahkan akal sihatnya.
Perbuatan yang berbahaya Dalwara Singh telah dilaporkan kepada polis, namun ia terlepas dari hukuman penjara. Sebagai hukumannya, Singh dilarang untuk menghubungi isterinya Jaspreet.
“Saya senang, saya tidak mahu dia ada dekatku. Aku memaafkannya untuk 17 tahun bersamaanya, tetapi tidak akan melakukannya lagi,” ujar Jaspreet Singh Gill, seperti dipetik dari mirror.co.uk, Selasa (8/11/2011).
Peguam Caroline Bray yang mengendalikan kes ini berkata Jaspreet sentiasa dikawal oleh suaminya. Di awal perkahwinan, dia tidak boleh menikmati kebebasan seperti bekerja, bersosial dan tidak boleh memilih apa yang ia ingini. Singh juga menuduh Jaspreet telah berlaku curang.
Pada tahun 2009, Jaspreet pernah bekerja sehingga lebih kerap keluar rumah. Sejak itulah semuanya bermula. Singh menghalang isterinya keluar rumah, dia ingin isterinya tetap berada di rumah dan memasak untuknya serta menjaga anak-anak.
“Jaspreet kini perlu mendapatkan tablet hormon wanita untuk melawan kesan dan memperbaiki keseimbangan hormon di tubuhnya. Steroid ini tidak mempunyai manfaat bagi perempuan dan mempunyai kesan maskulin secara kekal,” jelas Peguam Caroline Bray.
Steroid lebih dikenali sebagai ubat kuat yang sering digunakan dalam dos tinggi untuk meningkatkan kekuatan tubuh. Orang yang mengambil anabolik steroid boleh menjadi sangat bertenaga, tapi di balik itu ada kesan sampingnya.
Anabolik steroid adalah ubat kuat yang membantu membina rangkaian otot dan meningkatkan massa tubuh dengan bertindak seperti hormon semulajadi lak-ilaki yang disebut dengan testosteron. Kerana ubat ini sering disalahgunakan oleh orang lain yang ingin mengambil jalan pintas.
Anabolik steroid diketahui dapat meningkatkan massa otot dan kekuatan seseorang. Perkara ini dilakukan dengan cara merangsang sel-sel dalam tubuh untuk membina sel protein baru.
Meskipun sebenarnya tubuh secara semulajadi membina protein yang dihasilkan melalui sukan dan pengambilan makanan yang tepat. Steroid ini cenderung meningkatkan pengeluaran protein di dalam tubuh, tambahan protein inilah yang ditambah dalam pembentukkan massa otot. Jika anabolik steroid digunakan secara sembarangan dalam dos tinggi, maka boleh menimbulkan masalah dan perubahan yang berlaku pada tubuh.

Catat Ulasan