China Bina Hotel Berbentuk Raket ping Pong




Sebuah hotel setinggi 150 m, dengan reka bentuk menyerupai raket ping pongakan dibina di Bandar Huainan China di wilayah Anhui.

Bangunan itu dikatakan dibina dengan tujuan untuk meningkatkan potensi sukan sebagai sebuah industri di negara itu.

Hotel tersebut, yang terletak di dalam kawasan yang telah dirancangkan sebagai taman Olympic meliputi kawasan seluas 67 Hektar, dianggarkan memiliki jumlah pelaburan sekitar 300 juta Yuan (RM 139 Juta).

Ia akan menempatkan tiga bahagian, bahagian atas ruang tinjauan, bahagian tengah sebagai ruangan bilik-bilik tetamu dan pelancong serta bahagian paling bawah sebagai ruangan dengan kemudahan-kemudahan untuk mesyuarat dan persidangan.

"Idea asal pembinaan hotel ini adalah dari sukan ping pong. Raket ping pong memiliki bentuk dan seni arkitek yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bangunan hotel" kata Pengarah Biro Sukan Majlis Perbandaran Huainan.

Komplek tersebut akan direka bentuk oleh Mei Jikui, seorang arkitek struktur bangunan sukan yang cukup terkenal dan berpengaruh.

Kos pelaburan bagi keseluruhan bangunan di taman tersebut dianggarkan sekitar 1.8 billion Yuan (RM 831 Juta) dan ianya akan dibina melalui tiga fasa secara berperingkat dalam masa 5 tahun.

1 comments:

menarik gak....tp terlalu direct translation....
x bnyk develop konsep...huhuhu

Reply

Catat Ulasan